Monday, February 19, 2007

Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul=Sirathal mustaqim - Mengapa kita meminta hidayah?

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

AYAT keenam (IHDINAS SIRATHAL MUSTAQIM). Maksudnya : Tunjukkilah kami jalan yang lurus. Ibnu al-Jauzi melalui tafsirnya, Zad al-Masir menyebut empat pendapat pada maksud ihdhina.

1. Thabit dan tetapkan kami sebagaimana pendapat Ali dan Ubay.

2. Tunjukkan kami.

3. Taufiqkan kami.

4. Ilhamkan kami.

Hidayah dalam al-Quran mengandungi beberapa makna :

- Hidayah umum bagi semua makhluk.

- Hidayah petunjuk dan mengetahui kebaikan.

- Hidayah taufiq, ilham dan masuk ke dalam hati.

Yang dimaksudkan hidayah di sini ialah yang ketiga.

Selesai memuji Allah amat sesuai meminta seperti firman Allah dalam hadis qudsi : Separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku, dan hamba-Ku apa yang diminta.

Inilah keadaan yang paling sempurna selepas puji. Kemudian meminta hajat menjadi lebih mudah ditunaikannya seperti pendapat Ibn Kathir.

- Sirathal Mustaqim. Sirath dibaca dengan sad atau sin mengikut qiraat mutawatir. Dinamakan sirath kerana perjalanan mudah tanpa menelusuri kepayahan dan kesibukan.

Lafaz sirath menunjukkan syariat, hukum-hukum, nasihat dan peringatan, segala keterangan agama yang berkaitan dengan akhlak hamba yang zahir dan batin dalam kehidupan dunia beribadat untuk Tuhan mereka.

Ibn Jarir berkata : Ijmak ummah daripada ahli tafsir semuanya bahawa sirathal mustaqim ialah jalan yang terang yang tidak bengkang bengkok. Begitu bahasa semua orang Arab.
Kemudian ulama berselisih pada mentafsirkan sirath, iaitu jalan. Sekalipun kembali kepada satu sahaja iaitu mengikut bagi Allah dan Rasul, ada riwayat menyebut kitab Allah.

Di sini disenaraikan makna lain bagi sirath :

1. Mujahid mentafsirkannya dengan kebenaran.

2. Kitab Allah seperti riwayat Ali daripada Nabi s.a.w.

3. Agama Islam seperti pendapat Ibn Mas'ud, Ibn Abbas, al-Hasan, Abu al-Aliah dan lain-lain.

4. Jalan yang membawa petunjuk kepada agama Allah, seperti riwayat Abu Soleh daripada Ibn Abbas dan pendapat Mujahid.

5. Jalan ke syurga seperti yang dinaqalkan daripada Ibn Abbas.
Persoalannya kenapa orang Islam meminta hidayah, sedangkan mereka telah diberi hidayah?

Terdapat tiga jawapan di sini :

1. Maksudnya, tunjukkan kami sentiasa di atas sirathal mustaqim, dibuang perkataan sentiasa seperti pendapat Ibn al-Anbari.

2. Maksudnya, thabit dan tetapkan kami di atas petunjuk seperti percakapan orang Arab.

3. Maksudnya tambahkan untuk kami hidayah.
Hidayah merupakan kurniaan Allah yang paling besar untuk hamba-Nya. Dengan hidayah perjalanan hamba berubah daripada suasana yang penuh dengan maksiat kepada limpahan cahaya iman dan ketaatan, yang akhirnya membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.

Tanpa dinafikan hakikat hidayah daripada Allah tetapi permohonannya hendaklah diteruskan kerana arahan Allah dan Rasulnya s.a.w.

Sirathal-mustaqim ialah jalan yang dipilih Allah untuk dirinya dalam perlaksanaan segala takdir, dan pilihan untuk hamba-Nya daripada agama.

Sirathal mustaqim merupakan jalan Rasulullah s.a.w. dan para nabi dahulu, dan inilah jalan yang diiltizamkam oleh golongan yang diberikan nikmat Allah daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang solihin.

Berjalan di atas sirathal mustaqim memerlukan kepada dua perkara asas :

1. Sentiasa istiqamah, thabit dan tetap dalam melakukan perkara fardu dan sunat serta menjauhi daripada yang haram dan larangan.

2. Keikhlasan yang benar dan tawajjuh kepada Allah Tuhan Rabbul `Alamin.
Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah kadhi Thaubaa bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Istiqamahlah kamu dan jangan menghitung, dan ketahuilah sesungguhnya sebaik-baik amalanmu ialah solat. Dan tidak menjaga wuduk kecuali orang yang beriman.
Riwayat Imam Ahmad daripada Anas, sabda Rasulullah s.a.w., Tidak istiqamah iman seorang hamba sehingga istiqamah hatinya, dan tidak istiqamah hatinya sehingga istiqamah lidahnya.
Imam Muslim meriwayatkan hadis Sufian bin Abdillah al-Thaqafi, bertanya Nabi s.a.w. tentang Islam yang tidak pula ditanya kepada orang lain lagi, sabda Rasulullah s.a.w., Katakanlah, Aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah.Justeru, gabungan daripada hidayah, iman dan istiqamah dalam kehidupan Muslim merupakan inti pati kejayaannya dalam mengikut sirathal mustaqim.

Ayat ketujuh (SIRATHAL LAZINA AN`AMTA `ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHUBI `ALAIHIM WA LADDHAALIN)

Maksudnya : (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
-Sirathal lazina an`amta `alaihim. Selepas diminta hidayah sirathal mustaqim, diulangkan lagi maksudnya sebagai penguat dan tafsiran jalan yang diberikan nikmat oleh Allah.
Allah sendiri mentafsirkan nikmat kurniaan-Nya kepada golongan tertentu seperti maksud firman-Nya dalam surah an-Nisa' ayat 69 dan 70 maksudnya :

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, para siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia daripada Allah, dan Allah cukup mengetahui.

Golongan yang mendapat nikmat Allah :

1. Para nabi dan rasul.

2. Para siddiqin.

3. Para syuhada.

4. Para solihin.

5. Para orang yang baik.

As-Syaukani berkata, diumumkan lafaz nikmat supaya dapat dimasukkan semua.

Ayat ini sebagai dalil bahawa sebesar-besar nikmat Allah ke atas hamba-Nya ialah nikmat hidayah dan taufiq kepada iman.

Tanpa dinafikan nikmat yang cukup banyak tidak mungkin dihitung seperti yang diketahui.

- DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul=Ibadah - Matlamat asal ciptaan jin dan manusia

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

AYAT ketiga (AR-RAHMAN AR-RAHIM). Maksudnya : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dua sifat ini diambil daripada rahmat, ar-Rahman atas wazan - fa'lan - untuk menunjukkan lebih dan banyak, kerana hendak diibaratkan dengan banyaknya rahmat.

`Ar-Rahman' - sebahagian ulama menganggap khusus untuk nama Allah dan tidak digunakan sifat yang lain, hampir-hampir menjadi nama khusus. `Ar-Rahim' - juga diambil daripada rahmat, atas wazan - fa`ill - menunjukkan banyak tetapi lafaz `Rahman' lebih banyak hurufnya daripada `Rahim'. Dan keputusan kaedah oleh ulama bahasa Arab bahawa bertambahnya binaan huruf menunjukkan bertambah maknanya.

Secara umumnya, Rahman memberi makna segala nikmat yang besar. Sedangkan makna Rahim segala nikmat yang seni lagi kecil. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kedua-dua lafaz ini memberi makna yang satu kecuali yang kedua menjadi penguat kepada yang pertama. Inilah pendapat as-Sobban dan al-Jalal. Tetapi pendapat ini daif. Ibn Jarir menegaskan, tidak ada di dalam al-Quran kalimah tambahan tanpa makna yang dimaksudkan. Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim kerana beberapa perkara:

- Penguat pujian kepada Allah dengan sifat rahmat-Nya yang memberi kesan kepada hamba-Nya.

- Meminta rahmat dan kasih sayang bagi menunjukkan sangat suka dengan nikmat Allah, ihsan dan banyak kurniaan-Nya.

- Isyarat kepada rahmat-Nya dengan mengutus nabi akhir zaman sebagai rahmat untuk sekalian alam, termasuk menurunkan al-Quran dan lain-lain.

- Isyarat kepada sempurnanya rahmat Allah yang besar dan seni terhadap hamba-Nya di dunia dan akhirat.

Kebanyakan lafaz `Rahman' digunakan dalam al-Quran merangkumi rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam. Sedangkan lafaz `Rahim' digunakan untuk rahmat yang khusus bagi orang yang beriman. Justeru banyak ayat `ar-Rahim' datang dengan ibarat `al-Ghafur' Maha Pengampun yang tidak dapat kecuali orang yang beriman. Inilah khusus al-Quran.

Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim adalah di atas jalan takhsis (khusus) selepas umum. Inilah pendapat Sheikh Abdur Rahman Habannakah dalam tafsirnya, Ma`arij at-Tafakkur. Ibn al-Qayyim berkata: Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim mempunyai makna yang cukup indah, iaitu ar-Rahman menunjukkan sifat yang berdiri bagi Allah, sedangkan ar-Rahim menunjukkan bergantungnya dengan apa yang dirahmatinya, seolah-olah yang pertama sebagai sifat dan yang kedua sebagai perbuatan. Kemudian beliau menambah noktah ini : Kamu hampir tidak mendapati pada mana-mana kitab. Inilah pendapat yang rajih mengikut ahli tahqiq.

Faedah sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim selepas lafaz `Rab al-`alamin' ialah lafaz Rab menggambarkan kebesaran, ketua dan kuasa. Boleh jadi tanggapan pandangan bahawa Rab ini amat keras tanpa kasihan belas terhadap hamba-Nya yang sudah tentu diselubungi hatinya perasaan takut dan putus asa. Justeru amat munasabah didatangkan dengan jumlah ini untuk mengesahkan bahawa Rab ini bersifat Rahman dan Rahim. Abu Hayyan dalam tafsirnya, Bahru al-Muhit berkata : Dimulakan dengan sifat rububiyah jika Rab dengan makna ketua, tuan atau pemilik yang berhak diabdikan. Jadilah ia sifat perbuatan baginya. Justeru sifat Rahmaniah dan Rahimiah dinyatakan untuk membuka ruang cita-cita hamba dalam memohon keampunan sekalipun sudah tergelincir.

- Ayat keempat (MALIKI YAUMID DIN). Maksudnya : Yang menguasai hari pembalasan. `Maliki' dengan dipanjangkan `ma' memberi maksud pemilik, sedangkan `ma' tanpa dipanjangkan memberi maksud raja. Kedua-dua bacaan ini mutawatir mengikut bacaan qurra' yang sepuluh. Syeikh Abdul Rahman Habannakah berkata : Dua bacaan ini saling menyempurnakan dalam menunaikan makna yang dikehendakinya. Allah pada hari tersebut adalah raja pada setiap sesuatu dengan kerajaan-Nya yang besar, tanpa sebarang sekutu dalam kerajaan-Nya walaupun dalam bentuk gambaran sekalipun. Allah juga pemilik pada hari tersebut yang tidak disertakan oleh mana-mana makhluk dalam pemilikannya.

`Yaum' dengan makna hari, masa, zaman dikehendaki juga dengan setiap sesuatu padanya yang maddi atau maknawi. `Ad-Din' bermakna agama atau disebut hari balasan dan penghisaban Allah terhadap hamba-Nya. Syeikh Sirajuddin berkata : Ayat ini menegaskan beberapa perkara:

- Ingatan kepada wujud dan benarnya hari ini sebagai pembalasan.

- Ingatan kepada amalan yang baik kerana pasti dibalas mengikut amalan masing-masing.

- Hikmah yang sebenarnya kerana orang baik dan jahat tidak sama, justeru hari ini sebagai pemisah.

- Dalil bahawa semua hamba yang mukalaf dikurniakan Allah akal, fikiran, ikhtiar dan kudrat yang memungkinkan bagi mereka melakukan kebaikan dan kejahatan. As-Syahid Syed Qutb mengibaratkan ayat ini dengan gambaran yang besar lagi mendalam berhubung dengan keseluruhan iktikad Hari Akhirat yang menjadi pemisah antara dua golongan manusia yang beriman dan yang ingkar. As-Syahid Hasan al-Banna menafsirkan bahawa jika perkara yang demikian, jadilah hamba yang mukalaf mencari kebaikan dan jalan yang selamat lebih penting daripada segala-galanya. Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim daripada hadis Syaddad bin Aus: ``Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa muhasabah dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati.'' Inilah juga kenyataan Umar al-Khattab : ``Hisablah (hitunglah) dirimu sebelum kamu dihisab.''

- Ayat kelima (IYYAKA NA'BUDU WA IYYAKA NASTA`IN). Maksudnya : Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
`Iyyaka na'budu'- Makna ayat ini seperti kata Ibn Abbas : Kami ibadah kepada-Mu dan tidak ibadah kepada yang lain. Didahulukan kalimah `kepadamu' daripada kalimah `kami ibadah', bertujuan kesungguhan prihatin dan orang Arab mendahulukan yang paling penting daripada yang penting seperti jawapan al-Qurtubi. Didahulukan yang kena buat (maf`ul) daripada perbuatan memberi maksud terbatas dan takhsis kepada ini sahaja. Dalam ibarat yang lain - Ya Allah kepada-Mu saja kami ibadah dan kepada-Mu sahaja kami minta tolong. Bahasa yang digunakan adalah ramai - kami ibadah dan kami minta tolong, sedangkan mungkin pelaku ibadah seorang saja.

Abi Su'ud berkata : Ini kerana pengiktirafan hamba betapa lalai dan cuainya dia ketika berdepan di pintu Raja segala Raja (Allah) yang dimintanya pertolongan hidayah secara perseorangan, seolah-olah dia berkata : Hai Tuhan, aku hamba yang fakir lagi hina tidak layak untuk munajat-Mu secara bersendirian. Justeru aku sertakan bersama ahli tauhid dan aku berdoa bersama mereka, justeru terimalah doaku bersama mereka. Ini kerana kami semua ibadah kepada-Mu dan meminta pertolongan dengan-Mu. Syeikh Abdullah Sirajuddin dalam tafsirnya menambah sebab yang lain, iaitu digunakan `kami' pada ibadah dan meminta tolong sebagai iklan betapa berhajatnya semua untuk ibadah kepada Allah yang menciptakan mereka.
Ibadah pada bahasa ialah kehinaan, ketundukan dan kepatuhan. Pada syarak pula ialah:

- Perlaksanaan hamba segala perbuatan dan perkataan yang disyariatkan Allah dengan disertakan ketaatan dan ketundukan untuk Tuhannya.

- Ibn Khatir mendefinisikan ibadah pada syarak dengan ibarat daripada himpunan kesempurnaan kasih sayang, tunduk dan takut.

- Ibn Jarir mendefinisikan ibadah ialah, taat, tunduk, patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.; mengakui dan meyakini bahawa Allah sahajalah yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan, tunduk patuh, merendah diri, takut dan mengharap.

- Al-Alusi pula mendefinisikan ibadah ialah, tahap tertinggi daripada segala ketundukan dan kepatuhan yang tidak mungkin berlaku dari segi syarak dan akal mengerjakan ibadah selain-Nya.

Ibadah diasaskan kepada beberapa faktor:

- Ma'rifah kepada Allah dan iktikad keEsaannya.

- Taat kepada Allah dengan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang melalui Rasulullah s.a.w.

- Pemerhatian bahawa kesemuanya itu bagi melaksanakan kewajipan hak Allah seperti hadis Muaz yang bersama Rasulullah s.a.w. ditanya tentang hak Allah terhadap hamba dan hak hamba terhadap Allah.

Rahsia ibadah dan kesannya:Terdapat banyak kelebihan ibadah, antaranya:

- Menghampirkan diri kepada Allah.

- Dengan beribadah, hati, roh dan jasad hamba menjadi sebati dalam ketaatan.

- Dengan beribadah dapat menukar pengabdian yang umum kepada yang khusus.

- Dengan beribadah hamba berada dalam pemeliharaan Tuhan.

- Mendapat kegembiraan daripada Allah.

- Mendapat keamanan daripada Allah.

- Dapat mengecapi kemanisan iman.

`Iyyaka nasta`in'- Oleh kerana hamba semuanya fakir dan berhajat kepada Allah Yang Maha Kaya, Kuasa dan Sempurna, justeru permintaan hendaklah diadukan kepada-Nya juga. Hadis Mu'az, Nabi bersabda : ``Ya Mu`az, aku kasih kepadamu, aku wasiatkan supaya jangan kamu tinggalkan selepas solat doa ini, `Ya Allah tolonglah aku untuk mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu dan baik dalam beribadah kepada-Mu'.'' (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Meminta doa dan pertolongan kepada Allah merupakan arahan Allah dan Rasul-Nya melalui nas-nas al-Quran dan hadis.

Hikmah didahulukan ibadah daripada meminta tolong ialah:
- Ibadah adalah hak Allah, sedangkan meminta tolong adalah permintaan mereka.

- Doa yang didahulukan dengan ibadah amat mustajab, seperti doa orang berbuka puasa ketika berbuka adalah mustajab kerana ia dilakukan selepas beribadah, iaitu ibadah puasa.

- Ibadah merupakan amanah yang besar yang dipikul oleh manusia, meminta tolong kepada Allah nescaya Allah menolongnya sehingga dapat ditunaikan hak ibadah dan dapat keluar daripada kezaliman dan kejahilan.

- Konsep ibadah merupakan asal matlamat ciptaan jin dan manusia, justeru perlaksanaannya dengan meminta doa dan meminta pertolongan kepada Allah hingga akhir hayat.

-- DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Saturday, February 17, 2007

Al-Fatihah - Keistimewaan dan fadilatnya

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Surah ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, as-Sab'ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama Fatihah, sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai dua puluh dua nama, sama ada secara tauqif daripada nabi atau ijtihad para sahabat.

Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya, sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.

Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab an-Nuzul dan ath-Tha'labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.

Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A'rabi, at-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah : menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.

Menghimpun

Pendapat yang ketiga, ia diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat.

Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah antaranya :

1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu'alla.

2. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka'ab.

3. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.

4. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.

5. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah.

6. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin as-Salt at-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan pulang, kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya : Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w.) yang amat baik.

Aku pun membaca al-Fatihah se-
lama tiga hari sebanyak dua kali pada waktu pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w : Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya kamu berjampi dengan sebenarnya.
Inilah sebahagian daripada fadilat al-Fatihah.

INTI PATI DAN KANDUNGAN

Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud
secara ijmal, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyri', iktikad dengan Hari Akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadat, meminta pertolongan dan doa.Selain itu memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud-maksud asas.

As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya - Mukadimah fi at-Tafsir - berkata : Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.
As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya - Fi Zilal al-Quran antara lain berkata : Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.
As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma`arij at-Tafakkur membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat :

1. Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.

2. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepada-Nya tanpa sekatan dengan yang lain.

3. Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.

4. Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.

Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran

TAFSIR AYAT PERTAMA

Basmalah maksudnya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Makna ayat ini ialah, akan memulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu.

Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya Muhammad s.a.w. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhluk-Nya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.
Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat pertama yang diturunkan dalam surah al-`Alaq. Justeru Allah mukadimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah at-Taubah. Ini kerana mengikut sebahagian ulama, ayat ini untuk memohon rahmat sedangkan surah at-Taubah mengkisahkan tentang perang atau hukuman Allah.

Dicabut

Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah, ia akan terputus. Hadis ini dihasankan oleh an-Nawawi, maksud `terputus' di sini adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat.

Al-Alusi dalam kitabnya - Ruh al-Ma'ani berkata : Ulama khilaf adakah ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak? Abu Bakar at-Tunisi menaqalkan ijma' ulama bahawa Allah mukadimahkan setiap kitab-Nya dengan basmalah.

Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah, iaitu Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim. Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t : Hai manusia, kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.

Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri `Allah' yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah. Inilah ajaib nama ini.

Perbezaan antara Allah dan ilah, iaitu Allah menunjukkan kepada nama khas bagi zat yang Maha Suci tidak disekutukan dengan yang lain, yang bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya. Sebaliknya ilah menunjukkan umum, sama-ada kepada Allah, Tuhan yang sebenar atau tuhan-tuhan lain yang bathil.

Ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Ar-Rahman dan ar-Rahim apabila disekalikan sebutannya memberi makna yang berbeza. Ar-Rahman lebih umum dan di dunia ini, sedangkan ar-Rahim khusus untuk ahli taat di Hari Akhirat. Sebaliknya apabila disebut ar-Rahman atau ar-Rahim sahaja, ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah.
Hikmah dikhususkan sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara :

1. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan beribadah memohon kepada-Nya.

2. Nama ar-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah.

Kenapa disebut dengan nama Allah, bukan Allah sahaja?

Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau nama Allah. Jawabnya : Dengan Allah, tetapi Allah sendiri yang menyuruh bertawassul dengan nama-Nya, justeru tidaklah menjadi masalah.

Kedua, al-Allamah Abu Su'ud membezakan antara sumpah dan minta berkat, ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan sebagai sumpah dan juga tabarruk. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk membezakannya. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada kalangan mufassirin.

* DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Al-Isti'azah - Meminta perlindungan Allah

Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Beberapa permasalahan:

1. Al-Makki dan al-Madani atau al-Makkiah dan al-Madaniah.

Ia merujuk kepada ayat atau surah yang diturunkan di Mekah atau di Madinah. Dalam permasalahan ini terdapat dua pandangan yang kuat dari segi pembahagian ini :

Pertama: Al-Makki ialah yang diturunkan di Kota Mekah sama ada sebelum atau selepas hijrah. Sedangkan al-Madani ialah yang diturunkan di Kota Madinah sama ada sebelum atau selepas hijrah. Ia berdasarkan kepada tempat turun, bukan masa turun.

Kedua: Al-Makki ialah yang diturunkan sebelum hijrah, sedangkan al-Madani diturunkan selepas hijrah. Dengan kata lain ia berdasarkan kepada masa, bukan tempat diturunkan.
Pendapat yang rajah ialah berdasarkan masa bukan berdasarkan tempat, justeru pendapat yang kedua lebih kuat daripada pendapat yang pertama.

2. Cara mengenali Makki dan Madani : mengenali Makki dan Madani cukup penting kerana boleh mengetahui kedudukan nasakh dan mansukh dengan lebih mudah berdasarkan kepada masa diturunkan ayat. Di samping itu dapat dikenali dengan beberapa faktor antaranya :

Pertama: Setiap surah yang terdapat di dalamnya perkataan (kalla) yang bermaksud ``sekali-kali jangan'' merupakan surah Makkiah.

Kedua: Semua surah yang terdapat di dalamnya (as-Sajdah) ia adalah surah Madani.

Ketiga: Semua surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti alif lam mim, adalah surah Makkiah kecuali surah al_Baqarah dan Ali-Imran.

Keempat: Semua surah yang terdapat di dalamnya kisah nabi dan umat terdahulu adalah surah Makkiah kecuali al-Baqarah.

Kelima: Semua surah yang terdapat di dalamnya (Wahai manusia) adalah surah Makkiah, sedangkan yang terdapat di dalamnya (Wahai orang yang beriman) adalah Madaniah kecuali surah tertentu sahaja.

Keenam: Surah-surah pendek adalah kebiasaannya Makkiah dan surah-surah panjang adalah Madaniah.

Tafsir Al-Isti'azah:``Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.''
Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nahl ayat 98 :

Apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk.

Makna ayat ini: Aku pohon perlindungan dengan Allah dan peliharaan-Nya daripada kejahatan syaitan yang melampau ingin menyesatkan aku dan tiada siapa yang dapat menolaknya daripadaku kecuali Allah.

Terdapat banyak tempat dan suasana yang digalakkan kita berlindung daripada syaitan. Antaranya :

Kemuncak:1. Ketika kemuncak kemarahan seperti riwayat muttafaq alaih dengan lafaz Muslim daripada Sulaiman bin Surd.

2. Ketika masuk tandas seperti riwayat Ibn Abi Syaibah daripada Anas bin Malik.

3. Ketika masuk masjid yang bertujuan untuk menjauhi was-was syaitan seperti riwayat Abu Daud daripada Ibn Umar.

4. Ketika hendak musafir seperti riwayat at-Tirmizi daripada Abdullah bin Sirjis.

5. Ketika para musafir berhenti di satu-satu tempat seperti riwayat Muslim dan at-Tirmizi daripada Khaulah binti Hakim.

6. Berlindung daripada kejahatan syaitan dan meminta pelihara daripadanya. Seperti hadis Israk Mikraj daripada Abu Hurairah.

7. Ketika takut dalam tidur dan tidak dapat tidur seperti riwayat ashab as-sunan, Ahmad dan lain-lain daripada Amru bin Syu'aib.

8. Berlindung daripada binatang-binatang yang melata dan daripada terkena patukannya seperti riwayat at-Tirmizi dan lainnya daripada Abi Hurairah.

9. Berlindung ketika mendengar bunyi keldai atau salakan anjing seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan ashab as-sunan daripada Abi Hurairah.

10. Ketika bermimpi yang menakutkan seperti riwayat Muslim daripada Abi Qatadah.
Bukan sekadar itu tetapi banyak lagi suasana dan tempat yang disuruh kita berlindung daripada syaitan, iblis, jin dan juga perlakuan buruk seperti yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi dalam al-Azkar dan lain-lain lagi.

Apakah hukum baca al-Isti'azah?Mengikut jumhur, hukumnya sunat sebelum membaca al-Quran sama ada dalam solat atau lainnya. Tetapi di sisi Hanafiah sunat Isti'azah pada rakaat pertama sahaja, Shafi`iah pula mempunyai dua riwayat, pertama memadai Isti'azah pada rakaat pertama seperti Hanafiah dan riwayat kedua pada tiap-tiap rakaat.
Sebahagian ulama berpendapat wajib Isti'azah, sama ada pada solat atau tidak berdasarkan zahir nas.

Hikmah disyariatkan Isti'azah ketika membaca al-Quran kerana bacaannya merupakan ibadat yang besar, yang memerlukan kepada keikhlasan dan hadir hati. Sedangkan syaitan sentiasa memperdaya manusia dengan was-was dalam ibadat. Justeru Isti'azah sebagai benteng daripada tipu daya syaitan.

- DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tafsir al-Quran - Kenapa jumlahnya mencecah ribuan?

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

AL-QURAN boleh diletak kan dalam saku dibawa ke mana-mana untuk dibaca, dihayati dan tadabbur, tetapi apabila dilihat kepada tafsir-tafsirnya ada yang menjangkau puluhan jilid dan cukup luas.

Dalam hal ini, Abdul Latif as-Subkhi melalui kitabnya Fi Riyad al-Quran, halaman 132 menjawab : Ini kerana cabang-cabang al-Quran terlalu banyak, sama ada tasyri' untuk ibadat yang fardu dan sunatnya, haram dan makruh.

Ada bidang sosial dan kemasyarakatan, institusi kekeluargaan, ekonomi, politik, hukum mahkamah, peperangan dan lain-lain.

Semuanya adalah limpahan khazanah yang tidak mampu dikuasai oleh satu akal sahaja. Justeru setiap ulama yang mempunyai kepakaran dalam bidangnya, akan menumpukan lebih kepada bidangnya dan yang lain dengan bidang yang lain.

Antara alasan yang kuat ialah kerana al-Quran bersifat hidup, anjal dan serasi pada semua tempat, keadaan dan masa.

Justeru penemuan-penemuan hakikat baru mungkin wujud, sedangkan zaman dahulu tiada. Antara lain wujudnya mazhab-mazhab fikah mempengaruhi tafsiran mereka mengikut pegangan mazhab.

Oleh kerana itu, al-Quran akan di-tafsirkan dan terus ditafsirkan, tanpa selesai sehingga kiamat menandakan luasnya ilmu Allah dan mukjizat al-Quran itu sendiri.

Melihat kepada tafsiran ulama ayat-ayat al-Quran, terdapat kekhilafan antara mereka. Antara faktor yang menyumbang kepada kekhilafan ini seperti yang dinyatakan oleh Ibn Juzai di dalam kitabnya at-Tashil Li Ulum at-Tanzil 1/9.

1. Ikhtilaf al-Quran.

2. Ikhtilaf wajah I'rab sekalipun qiraat sepakat.

3. Ikhtilaf ahli bahasa pada makna kalimah.

4. Isytirak lafaz antara dua makna atau lebih.

5. Ihtimal umum dan khusus.

6. Ihtimal itlak dan taqyid.

7. Ihtimal hakikat atau majaz.

8. Ihtimal idhmar atau istiqlal.

9. Ihtimal kalimah yang lebih. (Tiada lebih dalam al-Quran mengikut pendapat ulama yang kuat seperti Syeikh as-Sya'rawi.)

10. Ihtimal bahawa hukum itu mansukh atau muhkam.

11. Ikhtilaf riwayat dalam tafsir daripada Nabi s.a.w. dan salaf.

12. Ihtimal menanggung kalam sama ada tertib atau taqdim dan ta'khir.
Kemungkinan ditanya kepada seseorang, Apakah keperluan kepada tafsir? Ini kerana al-Quran kitab yang nyata, mudah difahami?

Al-Qardhawi menjawab antara lain: Manusia amat perlu kepada tafsir al-Quran sehingga kefahamannya betul dan menepati kehendak Allah dan dapat beramal dengan sahih. Justeru Allah menuntut daripada mereka tadabbur al-Quran.

Mengikut as-Suyuti dalam Itqan 4/173, telah ijma' ulama bahawa belajar ilmu tafsir adalah fardu kifayah dan semulia-mulia ilmu yang tiga, iaitu tafsir, hadis dan fikah. Begitu juga pendapat al-Asbahani.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah ketika ditanya nama-nama kitab tafsir yang paling hampir kepada kitab dan sunah menegaskan, bahawa tafsir Muhammad bin Jarir at-Tabari adalah yang paling tinggi, yang memuatkan segala kenyataan salaf dan sanad-sanad yang thabit tanpa ada unsur-unsur bidaah.

Ibn Jarir juga tidak menaqalkan dalam tafsirnya, orang yang dipertikai kewibawaannya seperti Muqatil bin Bukair dan al-Kalbi.

Tafsir yang tidak ma'thur dengan sanad-sanadnya terlalu banyak, seperti tafsir Abdul Razzak, Abdun bin Humaid, Waki', Ibn Abi Qutaibah, Ahmad bin Hanbal, Ishak bin Rahuyah.
Antara tafsir yang banyak daripada unsur-unsur bidaah dan hadis-hadis daif ialah Tafsir al-Baghawi tetapi beliau meringkaskannya daripada Tafsir ath-Tha'labi, Tafsir al-Wahidi yang juga murid kepada ath-Tha'labi yang banyak faedahnya.

Adapun Tafsir az-Zamakhsari, terdapat banyak unsur-unsur bidaah dan berasaskan kepada golongan mu'tazilah daripada ingkar sifat, ru'yah dan pendapat al-Quran sebagai makhluk dan lain-lain.

Unsur akidah mereka (al-Mu'tazilah) lima perkara : Tauhid, keadilan, manzilah antara dua kedudukan, melaksanakan ancaman, dan amar makruf serta nahi munkar.

Tafsir al-Qurtubi lebih baik dan selamat daripada bidaah. Perbincangan Tafsir Qurtubi lebih kepada fikah. Tafsir Ibn Atiah pula lebih baik daripada Tafsir az-Zamakhsari dan lebih sahih naqalnya serta jauh daripada terjebak kepada bidaah.

Sebenarnya tafsir terlalu banyak, lebih daripada ratusan, mungkin ribuan tafsir yang masih ditulis daripada ulama-ulama Nusantara sama ada Indonesia, Patani, Singapura dan Malaysia.
Justeru mengkaji banyak tafsir amat penting sehingga Syeikh as-Sobuni mengarang kitab Sofwah at-Tafasir yang dikutip daripada ulama-ulama yang terkemuka.
Dicadangkan tafsiran al-Quran dengan cara mengemukakan ayat dan asbab an-Nuzul serta maksud kalimah dan bahasa yang dikehendaki.

Juga intipati hidayah yang dapat diambil daripada ayat tersebut untuk dihayati, tadabbur amali dan diyakini. Semoga dengan cara ini kita menjejaki para sahabat yang bacaan ayatnya tidak banyak tetapi disertakan sekali dengan kefahaman, penghayatan, amalan dan juga keimanan.
Justeru ia lebih mudah dan menyenangkan daripada membuka medan perbahasan fikah, tauhid, tasawuf, lughah atau lainnya. Tanpa dinafikan semuanya baik dan elok mengikut kepakaran dan kecenderungan ahli tafsir serta pengaruh persekitaran dan guru-guru mereka.

¥ DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tafsir - Pelbagai jenis dan syaratnya

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

TAFSIR al-Quran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

1. Mengikut masa l Tafsir zaman sahabat. Terdapat sahabat yang mentafsir al-Quran seperti Abu Bakar, Umar, Aisyah dan terutamanya Abdullah Ibn Abbas. Ini kerana berkat doa Rasulullah s.a.w. kepadanya ketika dilahirkan, di samping kesungguhan dan kesabarannya dalam menimba ilmu sehingga dikenali sebagai Turjuman al-Quran, juga dikenali dengan Habr al-Ummah. Katanya Demi Allah, kalau kamu tanyakan makna-makna ayat dalam al-Quran apa maksudnya, di mana diturunkan dan segala maksudnya nescaya aku akan menjawab untukmu.

* Tafsir zaman tabiin seperti Said bin Jubair yang banyak meriwayatkan daripada Ibn Abbas, Ibn Masud, Ibn Umar, Abu Hurairah dan lain-lain. Dikatakan Abu Ubaidah Ma'mar bin al-Muthanna, perintis pertama dalam pembukuan tafsir yang dinamakan al-Majaz Fi al-Quran al-Karim pada tahun 188H.

* Tafsir zaman selepas Tabi' at-Tabiin atau golongan kemudian. Seperti Ibn Jarir (310H) dengan tafsirnya Jami' al-Bayan Fi Tafsir al-Quran, al-Zamakhsyari dengan tafsirnya al-Kasyfu `an Haqaiq al-Tanzil Wa `Uyun al-Aqawil Fi Wujuh al-Ta'wil dan lain-lain.

2. Cara tafsiran

* Tafsir al-Quran dengan al-Quran.

* Tafsir al-Quran dengan hadis, terutamanya yang sahih dan mutawatir.

* Tafsir al-Quran dengan pendapat sahabat.

* Tafsir al-Quran dengan bahasa dan sastera.

3. Sumber tafsiran

* Tafsir dengan ma'thur dikenali juga tafsir riwayat.

* Tafsir dengan ra'yi (akal).

Imam as-Syaukani di dalam tafsirnya Fath al-Qadir (1 / 12) membahagikan dua cara ahli tafsir :

* Terikat dengan riwayat.

* Mengembangkan tafsir kepada aspek bahasa dan ilmu-ilmu alat yang lain.

Ulama sepakat menerima tafsir dengan ma'thur dan beramal. Ibn Kathir berkata dalam mukadimah tafsirnya (1 / 3) - Jika kami tidak mendapati tafsir dalam al-Quran dan juga sunah, kami akan kembali kepada pendapat sahabat kerana mereka lebih mengetahui dengan penyaksian dan hal ehwal mereka ketika turunnya ayat.

Ijtihad

Antara kitab-kitab tafsir mathur : Jami' al-Bayan - Ibn Jarir at-Tabari, Al-Kashfu Wa al-Bayan - ath-Tha'alabi, Ma'alim at-Tanzil - Abu Muhammad al-Husain bin Masud al-Baghawi, Ad-Durru al-Manthur - Jalaludin as-Suyuti, Tafsir al-Quran al-'Azim - Abu al-Fida' Ismail Ibn Kathir.

Adapun tafsir ar-Ra'yi yang dibina atas asas akal dan ijtihad para ulama berkhilaf hukum keharusannya. Ada yang menyokongnya dan ada yang mencegahnya. Imam al-Ghazali dan ar-Raghib al-Asfahani menganggap khilaf ini bersifat lafzi bukan hakiki, justeru tidaklah menjadi masalah beramal dengan tafsir ra'yi tetapi disyaratkan dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh ulama. (Lihat Tafsir Bi ar-Ra'yi, Dr. Hamad al-Zaghlul hal 107-115).

Walaupun begitu kalau ditafsirkan al-Quran semata-mata dengan akal, hukumnya haram seperti nas hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas - sabda Rasulullah s.a.w. : Sesiapa yang berkata tentang al-Quran tanpa ilmu, nescaya disediakan tempatnya daripada neraka. Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Antara tafsir ar-Ra'yi ialah: Madarik at-Tanzil oleh Imam Abdullah bin Ahmad an-Nasafi, Anwar at-Tanzil Wa Asrar at-Ta'wil oleh Al-Baidhawi, Lubab at-Ta'wil oleh Al-Khazin, Ruh al-Ma'ani oleh Al-Alusi, Tafsir al-Kabir atau Mafatih al-Ghaib oleh Al-Fakhr al-Razi.

4. Ada juga ulama membahagikan tafsir mengikut subjek, seperti berikut :

* Tafsir Tahlili.

* Tafsir Al-Mathur.

*Tafsir Alr-Ra'yi.

* Tafsir As-Sufi.

Ibn as-Salah dalam `fatawanya' menyatakan ``Aku dapati daripada Imam Abi al-Hasan al-Wahidi ahli tafsir berkata : Telah mengarang Abu Abdul Rahman as-Sulami - Haqaiq at-Tafsir dan jika dia beriktikad begitu maka hukumnya kafir. Justeru an-Nasafi berkata dalam akaidnya, ``Segala nas-nas mengikut zahirnya dan berpaling daripadanya kepada mana-mana yang didakwa oleh ahli batin termasuk dalam ilhad.

At-Taftazani menyatakan, dinamakan Malahidah (golongan mulhid) dengan batiniah kerana dakwaan mereka bahawa segala nas-nas bukan mengikut zahirnya, tetapi mempunyai makna-makna batiniah yang tidak diketahuinya kecuali guru, matlamat mereka menafikan syariah semuanya. Al-Alusi dalam tafsirnya Ruh al-Ma'ani berkata : Adapun ucapan ahli tasawuf tentang al-Quran, ia termasuk dalam isyarat kepada kehalusan-kehalusan yang terdedah kepada golongan ini, dan mungkin dilaksanakan antaranya dan zahir yang dikehendaki, inilah kesempurnaan iman dan sebenar-benar makrifat. Mereka beriktikad bahawa yang zahir bukan kehendak tetapi batin sahaja, sebenarnya termasuk iktikad batiniah yang mulhid membawa kepada menafikan syariah semuanya, jauh sekali daripada tuan guru tasawuf kita terbabit seperti ini. Sedangkan kenyataan mereka : Tidak dapat tidak mesti daripada zahir per-tamanya, sesiapa yang sangka sampai kepada faham rahsia
al-Quran sebelum hukum-hukum tafsir samalah seperti yang mendakwa sampai ke dalam rumah sebelum masuk pintu lagi.

Menafikan

Secara umumnya tafsir sufi dibolehkan dengan syarat-syarat :

* Jangan menafikan bagi zahir al-Quran.

* Mempunyai dalil syarak yang menyokongnya.

* Tidak bertentangan dengan syarak dan akal.

* Jangan mendakwa bahawa yang dikehendaki itu sahaja tanpa yang zahir tetapi mesti mengiktiraf yang zahir seperti dinaskan oleh al-Alusi.

Antara tafsir tasawuf ialah: Tafsir al-Quran al-Azim oleh al-Imam at-Tusturi (383H), Haqaiq at-Tafsir oleh al-Allamah as-Sulami (412H), `Arais al-Bayan Fi Haqaiq al-Quran oleh as-Shirazi (606H), Tafsir Al-Fiqhi, Tafsir Al-Falsafi, Tafsir Al-Ilmi (sains).

Era teknologi terkini dengan ciptaan-ciptaan moden serta penemuan-penemuan hukum sains baru, adalah dibolehkan al-Quran dimasukkan dalam bidang ilmu ini bagi menyatakan bahasa sains dan al-Quran tidak bertentangan tetapi seiring.

Mengenai hukum mentafsir al-Quran dengan sains atau sebaliknya, ulama telah khilaf antara yang menyokong dan menentangnya. Antara yang menentang ialah Imam al-Azhar Syeikh Mahmud Syaltut dengan berhujah, ia boleh membawa kepada pemikiran yang tidak dikehendaki oleh al-Quran. Ini kerana Allah tidak menurunkannya bermatlamatkan teori-teori ilmu sains dan perkara-perkara seni. Kerana teori boleh berubah sedangkan al-Quran bersifat thabit dan tetap. Justeru selayaknya ditinggalkan al-Quran sebagai kitab suci dengan keagungannya. Lihat Mukadimah Tafsir Syaltut halaman 11-14.

Pendapat

Sependapat dengan Syeikh Syaltut ialah Syeikh Amin al-Khauli yang menaqalkan pendapat Imam as-Shatibi, inilah juga pendapat Imam Akbar Muhammad Mustafa al-Maraghi, Syeikh al-Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud, Syeikh Abdullah Masud, Syeikh Abu Bakar Zikri dan termasuk juga pengarang Zilal al-Quran as-Shahid Syed Qutb.

Antara yang menyokongnya pula Imam al-Ghazali melalui kitab tafsirnya - Jawahir al-Quran yang dikarang selepas Ihya', kerana berhujah segala ilmu daripada Allah, mengikuti pendapat ini Ibn Abi al-Fadl al-Mursi yang dinyatakan oleh as-Suyuti dalam Itqan 4 / 27-31.

Pandangan yang rajih

Dengan mengamati hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, al-Qardhawi menyeru pa-
ra ulama kepada beberapa perkara :

* Keperluan mengkaji keutamaan ilmu-ilmu ini apabila mencakupi kefahamannya, sudah tentu lebih mudah untuk berkhidmat menjelaskan makna-makna al-Quran.

* Kesedaran golongan pakar dalam ilmu yang tidak disedari oleh golongan lain.

* Mensyaratkan penggunaan sains dalam tafsir seperti kepakaran, tidak menyusahkan, meraikan bahasa al-Quran, menjauhkan daripada tuduhan semua umat jahil dan beberapa syarat lagi.(Lihat Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Quran, halaman 379-385).
Mengenai perbezaan mukjizat sains dalam al-Quran dengan tafsir sains, mengikut al-Qardhawi, pada kedua-duanya terdapat perbezaan, iaitu mukjizat sains dalam al-Quran lebih sempit berbanding tafsir sains atau ilmu ini. Justeru itu Rabitah al-'Alami al-Islami menubuhkan satu badan dinamakan Badan Ilmiah Alam Bagi Mukjizat al-Quran. Antara yang terlibat secara langsung seperti Syeikh Abdul Majid az-Zandani, Profesor Dr. Zaghlul an-Najjar dan lain-lain.
Selain tafsir-tafsir yang disebut tadi ada juga Tafsir Al-Adabi, Tafsir Ijmali, Tafsir Muqaran (perbandingan) dan Tafsir Maudhu'i.

Pendirian

Tafsir Maudhu`i ini seperti mengambil satu-satu tajuk untuk dikaji seperti kejadian langit, manusia atau lain-lain. Dr. Muhammad al-Bahi dalam kitabnya Nahwa al-Quran halaman 89 menjelaskan seperti berikut - seperti menjadikan al-Quran dalam perlembagaan masyarakat atau pendirian al-Quran terhadap madiah atau menyelesaikan kehendak surah.
Mengikut Ibn Jarir at-Tabari, dengan sanadnya kepada Ibn Abbas, tafsir terdapat empat bahagian :

* Difahami oleh orang arab.

* Tafsir yang tidak diuzur seorang pun dengan kejahilannya.

* Tafsir yang hanya diketahui ulama.

* Tafsir yang tidak diketahui kecuali Allah. Lihat Mukadimah Tafsir at-Tabari 1 / 75.

* DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mentafsir al-Quran - Syarat dan adabnya

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
ISLAM merupakan agama Ilahi berpandukan kepada wahyu al-Quran. Ia adalah petunjuk hidayah dalam lautannya, tinggi fahamannya, dan tidak sampai kepada kefahamannya kecuali yang benar-benar berkecimpung dalam banyak ilmu.
Di samping itu bermuamalat kepada Allah dengan penuh ketaqwaan dalam keadaan sir dan terang-terangan, terutamanya ketika dalam banyak perkara syubhat, lataif dan hakikat yang tidak difahami kecuali sesiapa yang diberikan kurniaan Allah.
Al-Quran ialah kitab suci Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya
Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril, mengandungi 114 surah daripada al-Fatihah hingga al-Nas.
Antara keistimewaan al-Quran ialah merupakan kitab Ilahi yang terpelihara, mukjizat, berisi penerangan dan mudah, kitab agama yang benar semuanya, sepanjang masa dan kitab insaniyah semuanya.
Hal ini telah dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Quran, halaman 17-70.
Antara matlamat-matlamat al-Quran al-Karim seperti kata al-Qardhawi :
* Mentashihkan akidah sama ada berkaitan uluhiyyah, risalah dan perbahasan.
* Membenarkan karamah insani dan hak-haknya.
* Mengajar manusia ibadah yang baik kepada Allah.
* Menyeru kepada pembersihan jiwa.
* Pembentukan usrah yang solehah.
* Mengasaskan ummah yang menjadi saksi kepada sekalian manusia.
* Dakwah kepada alam insani yang bersifat tolong menolong.
Sebahagian ulama menyatakan intipati dalam al-Quran ada empat:
* Permasalahan akidah.
* Permasalahan syariah.
* Perbandingan agama dan akhlak.
* Kisah nabi-nabi dan umat dahulu kala.
Tafsir al-Quran atau dikenali juga takwil pada definisi bahasa, membawa maksud penerangan dan pendedahan. Ini pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa seperti pengarang al-Qamus, al-Bahr al-Muhit dan Tha'lab.
Pada istilahnya pula, ia adalah ilmu yang membincangkan bagaimana menyebut dengan lafaz al-Quran, madlulnya, hukum-hukumnya sama ada berbentuk satu atau tersusun dan maknanya.
Al-Suyuti menaqalkan daripada Imam Zarkasyi, definisi tafsir dengan maksud ilmu yang difaham dengannya, kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-Nya Muhammad s.a.w. yang menerangkan makna-maknanya dan hukumnya (Lihat al-Itqan 4 / 169).
Ulama berselisih pendapat mengenai perbezaan antara kalimah tafsir dan takwil. Abu Ubaidah berpendapat ia memberi makna yang sama. Al-Gharib pula berpendapat tafsir lebih umum dan luas penggunaannya pada lafaz-lafaz dan mufradatnya dalam kitab-kitab Ilahi.
Al-Maturidi menganggap tafsir adalah memutuskan dengan apa yang dikehendaki Allah. Sedangkan takwil kembali kepada beberapa andaian. (Tarikh ilmi al-Tafsir / Dr. Ali Hasan al-'Aridu).
Rumusan yang dapat dinyatakan bahawa menghimpunkan makna takwil dan tafsir lebih baik daripada memisahkannya. Justeru kedua-duanya memberi makna yang sama seperti pendapat Ibn Jarir.
Para ulama banyak membahaskan syarat-syarat tafsir al-Quran sebelum ditafsirkannya seperti al-Suyuti melalui kitabnya, al-Itqan Fi Ulum al-Quran, Syeikh Ibn Taimiyah dengan Mukadimah Fi Usul al-Tafsir, Ibn al-Qayyim dengan al-Tibyan Fi Aqsam al-Quran, al-Zarkasyi dengan al-Burhan, al-Zurqani dengan Manahil al-Irfan dan ramai lagi ulama.
Syarat syarat mufassir dan adab-adabnya.
* Keikhlasan.
* Iktikad yang sahih.
* Sejahtera daripada amalan dan iktikad bidaah.
* Bertaubat dan sentiasa kembali kepada Allah.
* Sentiasa berwaspada daripada terjebak mengikut hawa nafsu.
* Mempunyai pelbagai ilmu, antaranya, Ilmu lughah seperti kata Mujahid : Tidak halal bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat bercakap tentang kitab Allah jika tidak arif / tahu dengan bahasa Arab.
Antara ilmu bahasa itu :
* Nahu.
* Tasrif atau Sarf.
* Istiqaq sama ada istiqaq besar atau kecil.
* Balaghah iaitu bayan ma'ani dan badi'.
* Usuluddin.
* Usul fiqh.
* Asbab al-Nuzul
- sebab-sebab diturunkan ayat.
* Nasikh dan mansukh.
* Ilmu Fikah.
* Ilmu Hadis
* Ilmu Qiraat.
* Ilmu al-Mauhibah. Al-Zarkasyi dalam al-Burhan berkata: ``Ketahuilah bahawa tidak tercapai kefahaman makna wahyu dan nyata segala sir-sirnya sedangkan dalam hatinya terdapat unsur bidaah, takabbur, hawa nafsu, cinta dunia atau yang kekal melakukan maksiat, atau tidak tahqiq iman atau daif tahqiq atau bergantung kepada pendapat mufassir tanpa ilmu atau kembali kepada akalnya. Ini semua adalah hijab / terdinding daripada tafsir.''
* Ilmu Sirah.
* Ilmu Tarikh al-Adyan (agama). Ini terutamanya agama-agama samawi antaranya Yahudi, Masihi dan juga agama lain. Suka ditambah di sini ilmu-ilmu moden seperti mukjizat al-Quran mengikut sains dan lain-lain lagi.
Disyaratkan juga ahli tafsir menjauhkan perkara-perkara ini :
* Tanpa ilmu dan tidak mencukupi syarat-syarat ahli tafsir.
* Membincangkan perkara yang berada di dalam ilmu Allah semata-mata.
* Mengikut hawa nafsu.
* Tafsir ayat-ayat dengan makna yang tidak boleh ditanggungnya.
* Tafsir secara pasti seperti kehendak Allah daripada ayat ini begini-begini.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah dalam Mukadimah Fi Usul al-Tafsir halaman 83, memberi peringatan kepada golongan yang berpaling daripada tafsir al-Sahabat dan al-Tabiin tegasnya, ``Sesiapa yang berpaling daripada mazhab-mazhab sahabat dan al-Tabiin, sedangkan tafsir mereka bercanggah daripada yang demikian itu, sebenarnya dia tersilap dan juga ahli bidaah.

Saturday, December 30, 2006

Korban part 2


6.JENIS-JENIS BINATANG YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN SERTA SYARAT-SYARATNYA
Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban itu ialah binatang korban itu hendaklah binatang ternakan (an‘am) seperti:
unta atau yang sejenisnya,
lembu atau yang sejenisnya
kerbau atau yang sejenisnya dan
kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy
. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Maksudnya:"Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu".(Surah al-Hajj: 34)
Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud aqiqah, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis:
Maksudnya
:"Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (dari Madinah) mengucapkan tahlil (Lailahaillallah), dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah".(Hadis riwayat Muslim)
Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah korban tersebut.
Afdhalnya binatang yang dibuat korban itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya
.
Binatang itu hendaklah cukup umur. Dari Jabir bin Abdillah r.a, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri." (Hadis riwayat Muslim)
Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah:
Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.
Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.
Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518) Dari Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda bermaksud:"Binatang korban yang paling bagus adalah jadza kambing" (Hadith riwayat Termizi dan Ahmad)
Uqbah bin Amir telah bertanya kepada Rasulullah saw, maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai jadza. Rasulullah menjawab: Berkorbanlah dengannya."(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut Imam Syafie kalimah jadza dalam hadith-hadith diatas itu bermaksud kambing biri-biri yang berumur satu tahun.Dan menurut Imam Nawawi: Keseluruhan ulama mazhab telah mengharuskan anak biri-biri yang berumur satu tahun (untuk korban) meskipun ia mendapat binatang lain ataupun tidak.
Didalam kitab Hasyiah al-Baijuri, Juz 2, halaman 306, ada menyebut “Mengikut pendapat yang rajih, apabila biri-biri yang belum sampai umur satu tahun tetapi telah bersalin giginya selepas ia berumur enam bulan maka boleh dibuat korban.” Binatang jantan yang tidak banyak berkahwin lebih afdhal dari binatang betina. Sebaliknya binatang betina yang belum melahirkan anak adalah lebih afdhal daripada binatang jantan yang banyak berkahwin untuk disembelih sebagai ibadat korban.

Yang lebih afdhal berbuat korban bagi seseorang itu dengan seekor unta, kemudian seekor lembu, kemudian seekor kibasy, kemudian seekor kambing, kemudian berkongsi seekor unta atau seekor lembu dan tujuh (7) ekor kambing lebih afdhal dari seekor unta dan seekor lembu atau kerbau.
Binatang terafdhal untuk dijadikan korban ialah unta, kemudian lembu kemudian biri-biri dan kemudian kambing. Ini dinisbahkan dengan banyaknya daging kepada setiap jenis binatang.
Tujuh (7) ekor biri-biri untuk korban adalah lebih afdhal daripada tujuh (7) ekor kambing untuk korban. Manakala tujuh (7) ekor kambing adalah lebih afdhal daripada satu ekor unta untuk korban kerana bertambahnya taqarrubnya kepada Allah dengan banyaknya darah yang mengalir daripada sembelihan binatang korban.

Binatang korban itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
"Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda bersabda: "Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah." (Hadis riwayat Abu Daud)
Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan korban itu ialah:
a.Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat korban.
b.Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat korban.
c.Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat korban.
d.Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.
e.Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit.
f.Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin 2/227)
g.Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin 2/227)
h.Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat korban. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)
i.Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.
j.Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Pendapat ini adalah muktamad. Mengikut Ibn al-Rif’ah memadai korban daripada binatang yang bunting. Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213)
Binatang yang harus dibuat korban itu tidak kira samada jantan atau betina atau khuntha.
Binatang yang dikasi, sah dan harus dibuat korban, kerana dengan dikasi tubuhnya semakin bertambah gemuk. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)
#Tambahan: Ibnu Abbas r.huma berpendapat bahawa adalah memadai korban itu hanya dengan “menumpahkan darah” walaupun dengan binatang seumpama ayam atau itik, sebagaimana yang dikatakan oleh Midaani. Syeikh (guru) bagi Syeikh al-Bajuri menyuruh supaya bertaqlidkan kepada pendapat Ibn Abbas ini dan beliau mengqiaskan ‘aqiqah keatas korban dan menyuruh sesiapa [yang tak mampu] yang memperolehi anak membuat aqiqah dengan ayam jantan berdasarkan kepada mazhab Ibn Abbas. (Hasyiah al-Allamah Baijuri & Matla al-Badrain) - Yang ni bagi mereka yang tersangat tak mampu.#

Korban Part 1

Firman Allah Ta’ala bermaksud:
‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” (Al-Kautsar: 2)
"Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Hajj: 36)


1.SEJARAH KORBAN

Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil

Firman Allah Ta’ala bermaksud:
Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah0, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya - sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”

Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s

Firman Allah Ta’ala bermaksud:
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.” (Al-Soffat: 100-102)


2.HIKMAH KORBAN

Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang maksudnya: “Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”. (Surah Al-Hajj:37)

Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.

Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.
Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil & Qabil serta kisah Nabi Ibrahim & Ismail … kitakan dapat menghayati/menyelami hikmahnya.



3.DEFINASI KORBAN

Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala (Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259).


4.HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya.

Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan. Maka secara ringkasnya, korban itu terbahagi kepada 2:

Korban sunat (muakkad - yakni tersangat dituntut mengerjakannya)
Korban wajib



Bagaimana korban boleh menjadi wajib?

Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan, sama ada:
Nazar itu nazar yang sebenar (nazar hakikat) ataupun
Nazar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Apa yang dimaksudkan dengan nazar yang sebenar dan nazar dari segi hukum?

Nazar sebenar/hakiki itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang berkorban itu berkata: “Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai korban”, ataupun dia berkata: “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada Hari Raya Haji nanti”.
Adapun bernazar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata: “Aku jadikan kambing ini untuk korban”, ataupun dia berkata: “Ini adalah korban”, maka dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘ayin) binatang tersebut.
Binatang yang dinazarkan sebagai korban atau binatang korban wajib itu tidak boleh ditukar dengan yang lain walaupun dengan yang lebih baik. Apatah lagi dijual, disewakan atau dihibahkan (diberikan).

Sekiranya binatang korban wajib itu dijual oleh orang yang berkoban, maka hendaklah dia mendapatkannya semula daripada orang yang telah membelinya jika masih ada di tangan pembeli dan dia hendaklah memulangkan harga belian yang diterimanya. Jika tiada lagi di tangan pembeli, umpamanya sudah disembelihnya, maka wajib baginya mengadakan nilaian harga yang lebih mahal daripada harga waktu dia memiliki yang dahulu, dan hendaklah dia membeli semula dengan nilaian itu binatang korban yang sama jenisnya dan sama umurnya untuk disembelih pada tahun itu juga.

Jika luput dia daripada menyembelihnya, maka wajib ke atasnya menyembelih binatang korban wajib itu pada tahun hadapannya sebagai qadha yang luput itu. Jika harga binatang korban itu (yang sama jenis dan umur dengan yang dahulu) lebih mahal kerana naik harga dan harga nilaian itu tidak mencukupi untuk membeli binatang yang sama dengan yang dahulu itu hendaklah ditambahnya dengan hartanya yang lain. Begitulah juga hukumnya jika binatang itu tidak disembelih setelah masuk Hari Raya Adha dan binatang itu binasa dalam tempoh tersebut.
Jika binatang korban wajib itu rosak, umpamanya mati atau dicuri orang sebelum masuk waktu berkorban dan bukan kerana kecuaiannya, tidaklah wajib dia menggantinya.
Manakala jika ia dibinasakan oleh orang lain, maka hendaklah orang yang membinasakan itu mengganti harga binatang korban wajib itu kepada orang yang punya korban dan dia hendaklah membeli semula binatang yang sama seperti yang dahulu, jika tidak diperolehi binatang yang sama, hendaklah dibelinya yang lain sahaja sebagai ganti.

Adapun jika binatang korban wajib itu disembelih sebelum masuk waktu korban, wajiblah disedekahkan kesemua dagingnya dan tidak boleh bagi orang yang berkorban wajib itu memakan dagingnya walaupun sedikit dan wajib pula menyembelih yang sama dengannya pada hari korban itu sebagai ganti.
Jika binatang korban yang telah ditentukan dalam korban wajib itu menjadi cacat (‘aib) setelah dinazarkan dan sebelum masuk waktu menyembelihnya dan kecacatan binatang itu adalah cacat yang tidak boleh dibuat korban pada asalnya, maka tidaklah disyaratkan menggantinya dan tidaklah terputus hukum wajib menyembelihnya dengan adanya cacat tersebut. Bahkan jika disembelihnya pada Hari Raya Adha adalah memadai (boleh dibuat) sebagai korban.
Sekiranya binatang yang dalam keadaan cacat itu disembelih sebelum Hari Raya Adha hendaklah disedekahkan dagingnya itu dan tidak wajib menggantinya dengan binatang yang sama untuk disembelih pada Hari Raya Adha itu. Tetapi wajib bersedekah nilaian harga binatang yang disembelih itu.

Jika kecacatan itu berlaku setelah Hari Raya Adha dan disembelih dalam keadaan yang demikian, maka tidaklah ia memadai (tidak memenuhi syarat) sebagai korban, kerana ia telah menjadi barang jaminan selagi belum disembelih, dan wajib diganti dengan yang baru.
Tidak sah dibuat korban bagi orang yang hidup melainkan dengan izinnya, dan tidak sah juga dibuat korban bagi orang yang telah mati jika simati tidak berwasiat untuk berbuat demikian.
Orang yang membuat korban bagi simati dengan izinnya (yakni dengan wasiatnya) wajiblah atasnya bersedekah kesemuanya. Tidak ada bahagian untuk dirinya atau orang-orang dibawah tanggungannya (nafkah), kerana ianya merupakan orang yang menerima dan orang yang menyerah. (Matla al-Badrain)

Bapa atau datuk boleh melaksanakan korban bagi orang yang diwalikan seperti anak dan cucunya dengan diambil perbelanjaan daripada harta ayah atau datuk atau anak atau cucu itu sendiri.


5.WAKTU MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Waktu penyembelihan korban bermula sesudah matahari terbit pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) dan sesudah kadar selesai solat dua rakaat solat hari raya dan dua khutbah pendek/ringan. Manakala yang afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah. Waktu penyembelihan korban berlanjutan sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah. Ringkasnya: 10 Zulhijjah - 13 Zulhijjah.

Jika binatang korban disembelih selepas berakhirnya hari Tasyriq (setelah berlalunya hari Tasyriq yang terakhir) sembelihan itu tidak dianggap sebagai korban kerana dilakukan setelah berlalu masa yang diharuskan. Tetapi bagi korban wajib (korban nazar) yang masih belum disembelih di dalam waktunya yang diharuskan, sehingga habis masa, ia wajib menyembelih binatang itu (walaupun diluar waktu) dan sembelihan itu dikira qadha. (I’aanah at-Tholibin, Juz 2; hal: 331)

Tuesday, December 26, 2006

Wajib laksana nazar jika hajat berjaya dicapai


Hukum Setiap jenis nazar. Jenis pertama: Iaitu nazar al-Lajaj. Apabila kehendak yang dinazar itu berlaku, maka orang yang bernazar wajib melaksanakan apa yang diwajibkan ke atas dirinya, ataupun dia wajib mengeluarkan kafarah sumpahnya.

Dia boleh memilih salah satu antara keduanya kerana jenis ini menyerupai nazar dari sudut kewajipannya dan menyerupai sumpah dari sudut ia alat untuk menghalang daripada melakukan sesuatu perkara.
Dalilnya: Hadis diriwayatkan oleh Muslim (1645) daripada Uqbah bin Amir daripada Rasulullah sabdanya: “Kafarah nazar adalah sama dengan kafarah sumpah”.
Al-Imam An-Nawawi berkata: “Hadis ini ditafsirkan oleh jumhur ashab kami (mazhab Syafie) ke atas nazar al-Lajaj”.
Jenis nazar kedua iaitu nazar al-Mujazah. Apabila kehendak yang dinazar itu tercapai seperti Allah menyembuhkan penyakitnya atau sesuatu atau orang yang hilang dijumpai semula, orang yang bernazar itu wajib melaksanakan apa yang diwajibkan untuk dilaksanakan dan perkara lain tidak dapat menggantikannya.Dalilnya firman Allah: Dan tepatilah perjanjian Allah apabila kamu berjanji.(An-Nahl: 91). Dan sabda Nabi: “Barang siapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia mentaati-Nya”. Riwayat al-Bukhari (6318) daripada Aisyah.
Jenis nazar ketiga pula iaitu nazar al-Mutlak yang juga bahagian kedua daripada nazar at-tabarrur. Hukumannya ialah orang yang bernazar wajib melaksanakan apa yang diwajibkan ke atas dirinya secara mutlak, kerana nazar ini tiada pergantungan syarat dengan perkara lain.Dalilnya, ialah umum dalil yang disebutkan sebelum ini. Namun dia berhak melewatkan pelaksanaan janji nazar selagi mana dia belum sampai ke suatu tempoh yang diyakininya dia tidak lagi mampu menunaikan janji nazar.Dia juga tidak berhak menukar nazar ini dengan kafarah sumpah kerana makna sumpah tidak wujud dalam nazar jenis ini.
Syarat NazarNazar mempunyai syarat dari sudut ia adalah nazar tanpa melihat dari sudut jenisnya yang tiga itu. Secara ringkasnya syarat itu adalah seperti berikut:l Orang yang bernazarOrang yang bernazar disyaratkan tiga perkara:
i. Islam. Tidak sah nazar orang kafir, kerana orang kafir tidak ada kelayakan untuk melakukan ibadat. Ini kerana ibadatnya tetap tidak sah selagi mana dia kafir.
ii. Taklif. Tidak sah nazar kanak-kanak dan orang gila kerana kedua-duanya tiada kelayakan melakukan kewajipan. Sekiranya kedua-duanya mewajibkan diri mereka melakukan ibadat, ia tetap tidak akan menjadi wajib kerana mereka tiada kelayakan untuk melakukannya disebabkan tiada taklif dari sudut syarak.
iii. Sukarela. Tidak sah nazar orang yang dipaksa kerana Nabi bersabda:“Tidak diperkirakan daripada umatku kesilapan, lupa dan apa yang dipaksakan ke atasnya.”. Riwayat Ibnu Majah (2045) dan ia disahih oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim daripada Ibnu Abbas.Hadis ini bermaksud diangkat daripada mereka hukum dan natijah daripada perkara itu.l Perkara yang dinazarkanPerkara yang dinazar hendaklah memenuhi dua syarat berikut:i. Hendaklah sesuatu yang dinazarkan itu berupa ibadat. Maka tidak boleh bernazar terhadap perkara yang harus, iaitu perkara yang tidak menghasilkan dosa ataupun pahala apabila dilaksanakan atau ditinggalkan. Kalau seseorang bernazar untuk melakukan perbuatan yang harus ataupun bernazar meninggalkannya seperti makan dan tidur, maka dia tidak wajib melaksanakan atau meninggalkan dan tidak dikenakan apa-apa ke atasnya.Dalilnya hadis riwayat al-Bukhari (6326) daripada Ibnu Abbas katanya:Sewaktu Nabi sedang berkhutbah, tiba-tiba Baginda melihat seorang lelaki sedang berdiri, lalu Baginda bertanya tentang lelaki itu. Sahabat menjawab: Dialah Abu Israil yang bernazar untuk berdiri dan tidak mahu duduk, tidak mahu berteduh, tidak bercakap dan terus berpuasa. Nabi bersabda: “Perintahkan dia untuk bercakap, berteduh, duduk dan menyempurnakan puasanya.”Baginda memerintahkan Abu Israil menyempurnakan puasanya kerana puasa termasuk ibadat dan dia wajib melaksanakannya apabila bernazar mahu melakukannya.
Begitu juga tidak kira nazar pada perkara yang haram seperti membunuh dan berzina.Begitu juga pada perkara makruh seperti bernazar untuk meninggalkan sunat rawatib contohnya. Ia kerana melakukan yang haram atau makruh bukanlah termasuk dalam usaha mahu mendapatkan keredhaan Allah Azzawajalla.Rasulullah bersabda: Tiada nazar untuk melakukan maksiat kepada Allah. Riwayat Muslim (1641).

Wednesday, December 20, 2006

Halal haram makanlah daripada rezeki-Nya yang baik-baik

Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

SAYID Qutub berkata: “Di sini al-Quran menujukan pembicaraannya khusus kepada orang-orang yang beriman. Ia mengharuskan mereka memakan makanan-makanan yang baik dan menyuruh mereka supaya bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat-nikmat itu kepada mereka.

Juga menerangkan jenis-jenis makanan yang diharamkan kepada mereka, iaitu makanan-makanan yang bukan dari jenis makanan-makanan yang baik yang dihalalkan dan mencela orang-orang Yahudi yang mempertikaikan mereka dalam perkara makanan-makanan halal yang baik dan makanan-makanan yang diharamkan Allah itu. Sedangkan perkara ini dijelaskan dalam kitab suci mereka sendiri yang ada pada mereka.”

Firman Allah, Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas. (al-Baqarah: 172-173)

Firman Allah s.w.t.: Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.

Kata Syeikh al-Maghari, orang-orang musyrikin dan ahli kitab sebelum kedatangan Islam berpuak-puak dan berbagai-bagai jenis. Sebahagian mereka mengharamkan ke atas mereka sendiri perkara tertentu dan sebahagian yang lain di sisi yang lain pula dengan jenis makanan tertentu.

Begitu juga yang tersebar luas dalam masyarakat Nasara bahawa cara yang paling hampir untuk mendekatkan diri kepada Allah ialah dengan menyeksa diri dan mengharamkannya daripada semua kelazatan. Di samping itu, menghina tubuh badan dan yang membawa kepada kelazimannya.

Ini kerana mereka berpendapat bahawa Allah s.w.t. tidak reda kecuali dengan menghidupkan roh, akhirnya mereka mengharamkan banyak perkara yang baik. Golongan yang mengharamkannya sama ada paderi atau ahli ibadat mereka seperti pengharaman makan daging dan lemak binatang begitu juga ikan, telur dan susu pada sebahagian yang lain.

Semua hukum ini dibuat oleh ketua mereka yang tidak ada di dalam Taurat begitu juga tidak dinaqalkan daripada al-Masih a.s. Tetapi mereka mengambilnya daripada ahli penyembah berhala yang mereka mengharamkan banyak daripada makan yang baik dan elok dengan iktikad bahawa cara untuk mendekatkan kepada Allah s.w.t., tidak berlaku kecuali dengan mengazabkan diri dan meninggalkan habuan untuk jasad.

Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan umat ini sebagai umat pertengahan yang terbaik dengan memberi jasad akan haknya dan roh juga akan haknya. Kemudian Allah s.w.t. halalkan bagi kami yang baik dan memerintahkan kami untuk bersyukur atas nikmat tersebu. Allah s.w.t. tidak menjadikan kami seperti tubuh yang tidak mempunyai apa-apa daya kekuatan dengan sebab tidak makan, makanan yang baik dan berzat begitu juga tidak menjadikan kami rohhaniyin iaitu dinisbahkan kepada jiwa semata-mata seperti para malaikat sebaliknya Allah s.w.t. menjadikan kita manusia yang sempurna.
Rezeki

Al-Sonhadji berkata: “Allah menyuruh orang-orang mukmin agar memakan daripada rezeki-Nya yang baik-baik, kemudian menyuruhnya berterima kasih, kalau benar-benar mereka menyembah Allah.” Makanan yang baik-baik itu ada dua macam:
i. Baik pada mutunya.
ii. Baik kerana halal dimakan.

Makanan yang baik mutunya, memang diketahui oleh manusia. Selain makanan itu rasanya enak, ada pula mengandungi vitamin (khasiat). Adapun tentang makanan yang halal pula, adalah ketentuan yang ditetapkan oleh agama. Ada kalanya jenis makanan itu tidak bermutu tetapi halal.

Maka manusia diseru mengutamakan makanan yang bermutu (yang baik), baik dari segi kesopanan mahupun kesihatan serta halal pula dalam segi agama. Janganlah memakan makanan-makanan yang sangat rendah mutunya serta hina pula jenisnya apatah lagi yang menjijikkan, sedangkan makanan-makanan yang baik-baik amat banyak disediakan oleh Allah s.w.t. untuk manusia.

Firman Allah s.w.t: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas. Bangkai memanglah dijijikkan oleh selera yang sihat.
Begitu juga darah di samping perakuan ilmu kedoktoran - setelah sekian lama diharamkan oleh al-Quran dan Taurat sebelumnya dengan perintah Allah - yang mengatakan bahawa bangkai dan darah mengandungi kuman-kuman dan bahan-bahan yang membahayakan kesihatan manusia.

Kita tidak mengetahui apakah kedoktoran moden telah menyelidik seluruh bahaya yang terkandung di dalam dan darah itu, atau di sana masih ada lagi sebab-sebab pengharaman yang lain yang belum diketahui manusia.

Adapun babi di sana ada segolongan manusia sekarang yang mempertikaikannya. Babi itu sendiri menjijikkan kepada tabiat manusia yang bersih dan betul. Walaupun ia diharamkan Allah sejak zaman dahulu lagi, namun baru sahaja ilmu manusia mengetahui bahawa di dalam daging babi, darahnya dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat merbahaya (iaitu cacing pita dan telur-telurnya yang keras).

Kini ada segolongan manusia yang berkata bahawa alat-alat pemasak moden telah melangkah maju dan membuat cacing-cacing pita dan telur-telurnya itu tidak lagi menjadi sumber bahaya kerana ia dapat dibasmikan dengan haba yang tinggi yang dapat disediakan oleh alat-alat pemasak yang moden itu.

Namun orang-orang ini lupa bahawa ilmu pengetahuan mereka kadang-kadang memerlukan kepada beberapa abad untuk mengenal pastikan sesuatu penyakit. Siapakah yang berani menjamin bahawa tidak ada lagi penyakit-penyakit yang lain yang ada di dalam daging babi yang belum diketahui manusia?

Tidakkah wajar kita memberi kepercayaan yang teguh kepada syariat Allah yang telah mendahului ilmu pengetahuan manusia selama 10 abad itu dan menyerahkan kata pemutus kepadanya, iaitu kita haramkan apa yang diharamkan-Nya dan kita halalkan apa yang dihalalkan-Nya kerana syariat adalah datang dari Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

Berkenaan dengan maksud tidak pula melampaui batas mempunyai empat pendapat:
i. Tidak melampaui kepada pemerintah dan menyamun. Inilah Pendapat Said bin Jubair dan Mujahid.
ii. Tidak melampau dan berlebih daripada had makannya. Inilah pendapat al-Hassan, Ikrimah, Qatadah dan al-Rubi.
iii. Tidak melampau dengan maksud tidak menghalalkan seperti yang diriwayatkan daripada Said bin Jubir dan Muqatil.
iv. Tidak melampau mengikut syahwatnya seperti kata al-Suddi.
Makna darurat dalam mengharuskan makan bangkai ialah ditakuti mudarat terhadap nyawa atau anggotanya.

Ditanya kepada Imam Ahmad tentang orang yang dalam kemudaratan (kebuluran) tidak mahu makan bangkai? Maka disebut daripada Masruq bahawa beliau berkata: “Siapa dalam kemudaratan (kebuluran) dan tidak mahu makan jika mati nescaya masuk neraka.”
Adapun keadaan yang berhak dia makan, maka dinukilkan daripada Hanbal sekadar selamat daripada mati. Dinaqalkan daripada Ibn Mansur; dia makan dengan kadar yang dia rasa selamat. Yang zahir pada yang pertama bahawa ia tidak harus makan sehingga kenyang; inilah pedapat Abu Hanifah dan al-Syafii.

Sedangkan zahir pendapat yang kedua harus ialah makan sehingga kenyang inilah pendapat Imam Malik. Pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat yang pertama kerana darurat hendaklah dikadarkan mengikut kadarnya seperti yang terdapat di dalam Qawa`id Fiqhiyyah.
Iktibar dan pengajaran ayat:

*Penegasan Allah s.w.t berkenaan dengan makanan toyyib yang menepati dua perkara iaitu halal, suci atau bersih dan yang tidak memberi mudarat kepada pemakannya dititik beratkan dalam Islam.

*Sifat syukur kepada Allah s.w.t hendaklah diterjemahkan dalam kepatuhan ibadat kepada-Nya sahaja.

*Pengharaman Allah s.w.t. terhadap bangkai, khinzir dan darah mempunyai hikmah yang kadang-kadang di luar jangkauan manusia. Pun begitu bagi yang dalam keadaan darurat ia berlaku pengecualian.

*Allah menutup surah dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun dan Penyayang yang memberi maksud pemurah Allah dan kasih sayang terhadap hamba-Nya. Syeikh Sya'rawi menafsirkan dengan panjang lebar kenapa Allah menutup dengan sifat tersebut pada ayat ini.

* DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Tuesday, December 12, 2006

Syaikh Abdul Majid Az-Zindani temui ubat HIV

Kabar baik dari seorang tokoh Islam yang namanya masih ada dalam daftar teroris versi AS lantaran dituding membiayai aksi terror Al-Qaidah, meskipun tanpa bukti. Tokoh Islam itu adalah Syaikh Abdul Majid Az-Zindani, asal Yaman yang memimpin Universitas Al-Iman di Yaman, kini menjadi buah bibir di masyarakat Yaman dan dunia kedokteran. Kenapa?
Beberapa waktu lalu ia melansir keberhasilannya meneliti obat-obatan alami yang bisa menyembuhkan penyakit Aids.
Az-Zindani, memang bukan sekedar tokoh ulama yang paham tentang agama, tapi juga seorang ilmuwan yang kerap mengaitkan materi keagamaan yang diperolehnya dalam penelitian ilmiah. Menurut Az-Zindani, sebagaimana dipublikasikan stasiun tv satelit Al-Jazeera, ia telah melakukan uji coba terhadap 15 orang yang positif terkena virus HIV selama antara tiga sampai satu tahun, dan kini seluruhnya sembuh dari virus penyakit yang menghilangkan kekebalan tubuh itu.

Dalam wawancaranya dengan Al-Jazeera, Az-Zindani mengundang semua institusi obat dan kesehatan serta organisasi kesehatan PBB WHO untuk berkunjung ke Yaman dan menyaksikan langsung praktek pengobatan yang ia lakukan di sana. Ia juga mempersilahkan para pakar untuk menguji coba hasil penemuan ilmiahnya. Meski tak mau membeberkan komponen obat alami itu secara detail, terkait nama tumbuhan dan lokasinya, tapi Az-Zindani mengatakan apa yang dilakukannya bukan karena alasan ekonomis.

“Ini adalah salah satu pintu shadaqah,” katanya.

Ia menyebutkan bahwa penelitian ini sebenarnya telah dilakukan selama 15 tahun lalu, dengan membuat tim peneliti di Madinah, yang bertugas meneliti konsep pengobatan ala Rasulullah saw dan kemukjizatan pengobatan tersebut. Ia menjelaskan bahwa obat penyembuh penyakit aids itu telah diujicoba kepada sejumlah hewan yang hasilnya sangat evektif untuk membunuh kuman HIV.

Meski demikian, Dr. Shalih Qadhi, konsultan penanganan masalah aids di RS Hamorton di London meragukan kebenaran apa yang disampaikan Az-Zindani tersebut. Ia mengatakan sebelum ini beberapa orang pernah mengaku berhasil menemukan obat anti HIV, namun ternyata nihil. Bahkan beberapa waktu lalu ada yang menyebutkan bahwa HIV bisa diobati dengan pengobatan agama seperti sholat, rumput-rumputan dan vitamin.
Menurut DR. Shalih, orang yang telah sembuh dari virus HIV harus benar-benar diteliti apakah ia memang telah bebas atau kelak akan mengalami kondisi yang lebih berbahaya. Tapi Dr. Shalih tetap menghargai pernyataan Az-Zindani dan sangat gembira mendengarnya. Ia berjanji akan melakukan kerjasama dengan Az-Zindani untuk lebih jauh mempelajari konsep pengobatan aids yang dilakukan Az-Zindani. (na-str/aljzr)

Sumber: http://www.eramuslim.com/news/int/457cbdc4.htm

Bermazhab tanpa fanatik rahmat kepada umat Islam

RAMAI yang agak keliru dengan fahaman mazhab. Pelbagai anggapan yang wujud acap kali persoalan bermazhab diajukan. Ada yang menganggap bahawa mazhab merupakan faktor kepada perpecahan umat Islam.
Ada juga yang beranggapan bahawa pegangan mazhab adalah salah dan sesat kerana tidak berpegang kepada al-Quran dan sunah. Namun ada juga yang memandang serong kepada golongan yang tidak bermazhab.

Pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Petaling Jaya, Mohammad Nidzam Abd. Kadir cuba menjernihkan kekeruhan yang timbul dalam satu wawancara bersama wartawan ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, NAZERI ABU BAKAR baru-baru ini

UTUSAN MALAYSIA: Apakah sebenarnya mazhab dan bermazhab?

Mazhab adalah perkataan Arab daripada lafaz zahaba. Ia membawa maksud 'pergi'. Oleh itu, mazhab secara mudah boleh diertikan sebagai tempat pergi. Dalam pengertian umum, mazhab bermakna pendapat, fatwa, cara pengambilan hukum dan yang seumpamanya. Apabila disebut mazhab Maliki, ia bermakna pendapat Maliki, fatwanya, cara pengambilan hukumnya dan sebagainya.

Bermazhab pula bermakna mengikut al-Quran dan sunah berdasarkan kefahaman seorang ulama muktabar. Umat Islam yang bermazhab Syafii bermakna mengikut al-Quran dan sunah sebagaimana yang difahami oleh Imam Syafii. Sebagai manusia, sudah tentu Imam Syafii bukanlah seorang yang maksum (terpelihara daripada dosa dan kesilapan). Mungkin ada pendapat, kefahaman, fatwa dan huraian Imam Syafii terhadap al-Quran dan sunah kurang tepat. Oleh itu, sebagai umat yang sedar akan hakikat ini, kita sepatutnya meninggalkan pendapat Imam Syafii yang mungkin kurang tepat atau kurang sesuai untuk diamalkan.
Sebagai contoh, dalam masalah pembayaran zakat fitrah, Imam Syafii tidak mengharuskan penggunaan wang sebaliknya menekankan soal makanan asasi. Namun pendapat ini mungkin kurang sesuai diamalkan maka umat Islam telah berpindah kepada pendapat Imam Hanafi.
Apakah apabila bermazhab Syafii bermakna kita tidak mengikut Quran dan sunah dan begitu kepada mereka yang bermazhab Hanbali?

Jika benarlah ada tuduhan begini, ia satu tuduhan yang tidak berasaskan ilmu dan keinsafan. Sebenarnya, semua mazhab yang empat mengikut Quran dan sunah. Ini satu perkara yang tidak boleh dinafikan. Sumber-sumber pengambilan hukum setiap mazhab meletakkan al-Quran diikuti sunah sebagai sumber tertinggi.

Jika ditanya kenapa rukun wuduk enam perkara, ada dalilnya daripada al-Quran dan sunah. Jika dicari kenapa rukun solat tiga belas perkara, ada dalilnya daripada al-Quran dan sunah. Setiap masalah pasti ada dalilnya.

Bagi yang ingin mendalami masalah ini, mungkin boleh cuba membaca buku Fiqh dalam empat mazhab berjudul, al-Fiqh a'la al-Mazahib al-Arbaa'h. Manakala bagi mereka yang ingin meluaskan perbincangan, boleh juga merujuk kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Fiqh Islam dan dalil-dalilnya). Kitab ini telah pun diterjemahkan. Sementara itu, bagi yang bermazhab Syafii, antara kitab yang baik ialah kitab al-Fiqh al-Manhaji a'la al-Mazhab as-Syafii. Ia juga telah diterjemahkan.

Jika semuanya mengikut al-Quran dan sunah kenapa umat Islam itu perlu bermazhab?

Secara ringkas, kesemuanya bersandarkan al-Quran dan sunah. Oleh itu, kembali kepada persoalan, kenapa bermazhab jika mengikut al-Quran dan sunah? Secara logik, ia boleh diibaratkan sebagai menghormati kepakaran seseorang. Sudah tentu tidak ada seorang manusia pun yang mampu menguasai ilmu pengetahuan. Jika sakit, kita akan berjumpa doktor. Apa sahaja ubat yang diberikan oleh doktor, biasanya kita akan terima dan mengambilnya. Apakah perlu kita mempersoalkan ubat yang diberikan?

Jika kereta rosak, kita akan menghantarnya kepada mekanik. Biasanya apa sahaja yang diperbaiki oleh mekanik, kita akan akur. Begitulah mazhab di mana tidak semua orang mampu menganalisis setiap ayat al-Quran dan hadis. Oleh itu, kita menghormati kepakaran seorang sarjana Islam yang telah menghabiskan masa, umur dan tenaga mengkaji hukum Islam.

Oleh itu adakah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu bermazhab?

Sebenarnya tidak salah untuk bermazhab khususnya mazhab yang muktabar dan terpelihara. Antaranya mazhab yang empat dalam Ahli Sunah iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali. Keempat mazhab ini mempunyai pengikut yang ramai dan ulama muktabar selepas mereka. Ulama-ulama ini bertanggungjawab menyusun dan menapis setiap pendapat dengan dalil dan hujah.

Namun ada satu penyakit dalam masalah mazhab iaitu fanatik kepada mazhab. Fanatik ini disebut sebagai taksub. Fanatik akan menyebabkan banyak masalah dan musibah.
Oleh itu, kemungkinan besar antara punca perpecahan umat Islam ialah fanatik mazhab bukan bermazhab. Sekadar bermazhab tanpa fanatik merupakan satu rahmat kepada umat Islam.
Fanatik mazhab akan melahirkan perasaan bahawa mazhab anutannya sahaja yang betul manakala mazhab lain adalah salah, mengakibatkan orang tidak mahu bersolat dengan imam yang berbeza mazhab, menjadikan perkahwinan antara orang berbeza mazhab tidak sah. Akhirnya umat Islam hidup dalam perpecahan.


Apabila menyebut tentang perbezaan bermazhab, medan yang sering mewujudkan kecelaruan ialah semasa berlangsung ibadat haji. Boleh ustaz jelaskan bagaimana kesatuan umat mampu dicapai dalam perhimpunan tahunan ini?

Contohnya pandangan berbeza di antara Mazhab Syafii dan Mazhab Hanbali tentang doa qunut dalam solat Subuh di mana satu mengatakannya sunat dilakukan dan jika tertinggal disunatkan melakukan sujud sahwi berlainan dengan Mazhab Hanbali yang tidak ada doa qunut.
Perbezaan ini terhapus jika kita kembali kepada roh bagi menyatukan umat. Selain berpegang kepada hadis yang bermaksud: Sesungguhnya dijadikan imam agar ia diikuti. (Riwayat Bukhari)
Selain itu, wuduk batal apabila bersentuhan tapak lapik lelaki dan wanita. Mengikut Mazhab Syafii, wuduk batal. Ini mungkin agak menyusahkan. Apa salahnya jika dia bertaqliq (mengikut) kepada mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali. Perpindahan ini sedikit sebanyak menghapuskan fanatik mazhab.

Begitu juga dalam tata cara ibadat haji iaitu terdapat tiga cara; haji Ifrad, Tamattu’ dan Qiran. Terdapat pelbagai pendapat mana satu yang afdal. Bagi yang bermazhab Syafii, haji Ifrad adalah yang paling baik. Ada juga keadaan di mana umat Islam bermazhab Syafii memandang lekeh kepada orang yang melakukan haji Tamattu’. Semua ini terhapus jika ada kesedaran bahawa semua jenis haji memang sabit dengan dalil yang sahih.

Kesimpulannya, ibadat haji selain sebagai rukun Islam ia juga mempunyai roh untuk menyatukan umat. Semoga ia termasuk dalam firman Allah yang bermaksud: Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka... (al-Haj: 28)

Lantaran itu, bagaimana seharusnya umat Islam itu boleh melihat dan merealisasikan satu paradigma baru dalam bermazhab?

Bagi mengatasi masalah fanatik mazhab, maka menjadi kewajipan untuk umat Islam menyedari hakikat bahawa semua mazhab muktabar mengikut al-Quran dan sunah.
Oleh itu, adalah baik jika pengajian bermazhab dipermudahkan. Permasalahan wuduk yang mudah dan senang janganlah dipayahkan. Ia juga memerlukan penggunaan dalil agar umat Islam lebih terbiasa dengan al-Quran dan sunah.

Pendidikan perlulah ada langkah demi langkah untuk memahamkan kita dengan al-Quran dan sunah. Jika kecil, kita diajar cara berwuduk tanpa mengetahui dalilnya. Alangkah eloknya jika kita semakin pandai membaca, maka kita cuba lagi menggali sedikit demi sedikit lautan mutiara ilmu dalam al-Quran dan sunah. Bukan sekadar tahu dalilnya sahaja tetapi dapat menyelami hikmah dan faedahnya. Semua ini akan mengukuhkan keyakinan kita terhadap ajaran Allah s.w.t.

Umat Islam juga hendaklah meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber tertinggi dalam Islam, bukannya mazhab. Sebagaimana dimaklumi, mazhab adalah tafsiran terhadap keduanya. Ada kemungkinan pandangan mazhab kurang tepat atau mungkin kurang sesuai diamalkan.
Maka tanpa penyakit fanatik mazhab, tanpa menjadikan mazhab sebagai syariat, maka akan mudahlah untuk kita mengikut pandangan yang lebih hampir dengan al-Quran dan sunah
.

Tolong ustaz berikan contoh ulung dalam menghormati perbezaan pendapat.

Satu contoh yang sering disebut adalah tentang Imam Syafii. Dalam mazhab ini, doa qunut dalam solat Subuh adalah sunat. Jika tidak dilakukan doa qunut, maka sunat diganti dengan sujud sahwi.

Satu masa, Imam Syafii berkunjung ke satu masjid di mana penduduk setempat di situ bermazhab Hanafi. Imam Syafii diminta menjadi imam solat Subuh. Apabila bersolat, beliau meninggalkan doa qunut dan tidak pula melakukan sujud sahwi. Selesai solat, beliau ditanya masalah ini. Beliau menjawab bahawa beliau menghormati pendapat Imam Hanafi yang tidak menyunatkan doa qunut ketika solat Subuh.

Begitulah ceritanya secara ringkas. Jika benarlah cerita ini, ia patut menjadi contoh kepada umat Islam terutamanya di negara ini dalam adab bermazhab.

Sumber: Bicara Agama

Monday, December 11, 2006

Bahaya syeikh bawa budaya taksub, taklid

Oleh Dr Asmadi Mohamed Naim

POLEMIK bidaah semakin menular dalam masyarakat. Antaranya ialah ketaksuban kepada syeikh daripada golongannya dan menolak pandangan pihak lain. Bahkan ia juga membawa kepada 'memaksa' pengikut memuja syeikh dengan diuar-uarkan kehebatannya.

Polemik ini seharusnya ditangani dengan teliti dan berasaskan petunjuk daripada al-Quran dan al-sunnah. Sebahagian mengamalkan sesuatu amalan contohnya berzikir secara berjemaah selepas solat, berasakan mereka mengamalkannya di atas petunjuk al-Quran atau al-sunnah. Mereka membawa juga hujah berpandukan ayat suci al-Quran dan sunnah di samping penerangan daripada ulama silam dan semasa untuk menguatkan hujah mereka. Sebahagian masyarakat yang lain pula melabelkan mereka sebagai pencetus dan pengamal bidaah. Perkara itu tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah. Mereka berpandangan bertaklid kepada ulama dengan mengetepikan petunjuk al-Quran dan al-sunnah suatu kesesatan berdasarkan Sabda Rasulullah:“Hendaklah kamu dengar dan patuh walaupun hamba Habsyi memerintah kamu. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup di kalangan kamu, maka akan melihat perselisihan yang banyak. Justeru, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah al-Rasyidin selepasku. Gigitlah dengan geraham kamu (berpegang teguh). Dan Jauhilah perkara baru, kerana sesungguhnya setiap yang bidaah itu sesat.Hadis itu menjadi dalil kepada pandangan yang berpegang bahawa ia dengan jelas melarang daripada menambah perkara baru dalam ibadah. Dengan kata lain, penambahan dalam ibadah di luar daripada suruhan syarak adalah sesat. Justeru, persoalan ibadah bukan lagi soal furuk, bahkan menjadi seumpama persoalan akidah kerana boleh membawa kepada kesesatan. Mereka berpandangan bahawa orang yang bertaklid kepada orang terdahulu diibaratkan sebagai golongan Yahudi dan Nasrani yang bertaklid kepada rahib dan pendeta mereka. Berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Taubah, ayat 31 yang bermaksud: Mereka menjadikan pendeta mereka dan rahib sebagai tuhan selain Allah. Justeru, bertaklid pada fuqaha yang tidak berpegang kepada nas, termasuk dalam golongan ini.
Bertaklid kepada ulama.Ada yang menyatakan fenomena bertaklid kepada ulama khususnya ulama empat mazhab hari ini adalah sebab utama kejatuhan umat Islam kini. Kongkongan taklid menyebabkan ulama takut untuk mengeluarkan pandangan sendiri. Kelahiran pelbagai bidaah pada hari ini adalah kerana budaya bertaklid itu, contohnya amalan zikir selepas solat secara berjemaah adalah amalan bidaah. Golongan yang melakukan bidaah ini menjadikan ulama mereka seperti Yahudi dan Nasrani menjadikan pendeta dan rahib sebagai tuhan mereka.
Persoalan keharusan bertaklid. Persoalan pertama ialah keharusan bertaklid. Benarkah orang yang mahu berpegang kepada al-Quran dan sunnah seumpama salafussoleh bebas daripada bertaklid? Sekiranya pembaca ditanya mengenai siapakah yang meriwayatkan hadis yang penulis tuliskan di atas (penulis sengaja tidak menyatakan periwayat hadis itu), dan saudara pembaca bertanya Ustaz A, dan ustaz itu menyatakan Abu Daud (Bab al-Sunnah, nombor 3991) dan al-Tirmizi (Bab al-Ilm, nombor 2660) yang meriwayatkannya, maka sebenarnya saudara sedang bertaklid dengan Ustaz A itu. Sekiranya ditanya pula, apakah hujahnya hadis yang saudara pegang itu sahih? Saudara pun berkata: Ustaz B pakar hadis, dia menyatakan hadis itu sahih dan tidak ada cacat cela. Saudara sebenarnya bertaklid dengan Ustaz B itu. Justeru, saudara tidak termasuk dalam maksud ayat al-Quran di atas yang menolak mengikut pendeta dan rahib (bagi Yahudi dan Nasrani), dan saudara juga berpandukan dan mengikut pandangan ustaz pada hari ini? Dalam satu suasana yang lain, seseorang contohnya C menyatakan bahawa dia berzikir selepas solat secara berjemaah kerana berpegang kepada ulama Salaf yang membenarkan amalan itu. Ulama meyakini amalan berkenaan kerana adanya hadis sahih daripada Rasulullah. Difikirkan secara rasional, kedua-dua pihak pertama dan kedua mengamalkan taklid. Pihak pertama bertaklid kepada Ustaz A dan B. Adapun pihak kedua bertaklid kepada ulama Salaf (iaitu ulama dalam lingkungan tiga kurun selepas Rasulullah). Pihak pertama bertaklid dengan Ustaz A dan B (yang hidup pada zaman ini) kerana yakin dengan ilmu dan akhlaknya ketika remaja dan dewasa. Pihak kedua juga bertaklid dengan mazhab Salaf kerana yakin dengan keilmuan dan akhlak mereka sejak remaja bahkan mereka terkenal dengan kesalihan dan warak. Bahkan ilmu mereka diiktiraf seantero dunia sejak dahulu berbanding Ustaz A dan B.Adalah tidak benar mentafsirkan ayat di atas (seumpama mengikut pendeta dan rahib) terhadap masyarakat yang bertaklid kepada mazhab yang empat.Qiyas itu amat tidak tepat kerana pendeta Yahudi dan rahib Nasrani adalah mereka yang mencipta sendiri hukum kepada kaum mereka dan bertentangan dengan nas. Taurat dan Injil. Kaum mereka lantas mengikut mereka walaupun sedar ia bertentangan dengan taurat dan Injil. Walhal ulama mazhab fiqh dalam Islam, mereka bukanlah pencetus hukum tetapi mereka cuma berperanan untuk menghurai dan menjelaskan kehendak ayat dan hadis serta pengertiannya. Mereka mentafsirkan permasalahan semasa dengan melihat kaedah syarak keseluruhannya. Rasulullah SAW bersabda: al-'Ulama warasatul anbiya` yang bermaksud ulama itu pewaris nabi. Justeru, masyhur di kalangan ulama usul yang menyatakan mazhab orang awam adalah mazhab mufti atau imamnya.
Ulama menutup pintu berijtihad dan takut mempraktikkannya.Ijtihad bererti menggunakan segala usaha dan kemampuan oleh mujtahid (ulama yang memenuhi syarat ijtihad) untuk mengeluarkan hukum pada sesuatu perkara. Persoalan menutup pintu ijtihad adalah isu utama apabila membicarakan perkembangan mazhab fiqh. Kekusutan masyarakat Islam selepas jatuh sistem kekhilafahan amat berkait rapat dengan permasalahan ini. Ulama dilabelkan sebagai jumud, taksub dan terkongkong dengan fenomena ini.Namun, masyarakat Arab tidak juga maju walaupun ikatan mazhab semakin terungkai. Walaupun kemunduran negara Islam bukan bererti gerakan tajdid ini salah, namun kemunduran negara Islam tetap dikaitkan dengan pegangan mazhab. Bacalah buku berkaitan al-Madkhal fi al-Fiqh al-Islami dan Tarikh al-Tasyri' al-Islami. Bacalah sendiri tanpa perlu meminta pertolongan orang lain untuk menterjemahkannya bagi mengelakkan bertaklid kepada penterjemah dan tafsirannya. Kita akan dapati, hampir semua penulis mengaitkan kemunduran umat Islam dengan budaya taklid mazhab.Jika begitu keadaannya, kenapa tidak boleh digunakan hujah, kemajuan umat Islam Malaysia berpunca daripada ketertiban dan iltizam mereka pada ulama khususnya ajaran yang dibawa oleh ulama tafsir, hadis, akidah, ulama fiqh dan ahli sufi yang haq. – Bersambung


Penulis ialah Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia

Ulul Albab: Fatwa Baru Tak Terikat Mazhab

Oleh Abdurrahman Haqqi
Mufti boleh keluarkan pendapat bagi selesai masalah hukum ikut kesesuaian keadaan

KITA sering membaca dalam sesetengah penerbitan ungkapan seperti “Kandungan rencana di luar tanggungjawab penerbit” atau “Tulisan yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat atau pendirian penerbit”. Ungkapan itu antaranya bertujuan melepaskan tanggungjawab penerbit daripada sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap kandungan atau tulisan jika berlaku masalah kemudian hari dan juga untuk memudahkan kelangsungan penerbitan kerana jika penerbit dikenakan tindakan undang-undang, maka proses penerbitan karya ilmiah akan terbantut. Dari satu sudut, ungkapan di atas boleh diaplikasikan ke atas perbincangan kali ini iaitu ‘ada kalanya fatwa tidak semestinya mencerminkan mazhab mufti yang mengeluarkan fatwa’. Contoh, seseorang yang meninggal dunia, meninggalkan waris yang terdiri beberapa anak dan cucu daripada anak yang juga sudah meninggal dunia. Dalam faraid, adakah cucu itu mendapat bahagian harta pusaka? Tidak, kerana dia terhalang (mahjub) oleh anak si mati yang membolot semua harta pusaka. Dalam hubungan ini pastinya akan timbul persoalan di mana keadilan Islam? Bukankah si cucu darah daging si mati? Bukankah ayah atau ibu si cucu juga anak si mati? Mengapa si cucu tidak mendapat harta pusaka? Pendapat yang menyatakan si cucu tidak mendapat harta pusaka adalah pendapat popular semua mazhab. Jika semua mufti dalam semua mazhab berpegang teguh dengan mazhabnya, maka si cucu tidak akan mendapat harta pusaka. Tetapi pada masa kini, isu ini sudah diselesaikan dengan melaksanakan wasiyyah wajibah iaitu wasiat yang diwajibkan apabila seseorang meninggal dunia. Nilainya ialah satu pertiga harta pusaka diserahkan kepada cucu terbabit. Fatwa yang dikeluarkan mufti semua mazhab dalam hal wasiyyah wajibah tidak semestinya mencerminkan mazhab mufti kerana wasiyyah wajibah seperti di atas adalah pendapat mujtahid yang mana tidak berpengikut termasuk Said ibn Musayyib, Muslim ibn Yasr dan al-Hasan al-Basri.Menerusi fatwa wasiyyah wajibah, cucu juga boleh mendapat harta pusaka datuk mereka seperti bapa saudara dan emak saudara mereka. Maka nampaklah keindahan dan keadilan Islam walaupun ia bertentangan dengan pendapat mazhab mufti itu sendiri. Ini adalah satu contoh daripada pelbagai contoh sama dalam kajian fiqah Islam. Fatwa dalam tulisan ini adalah makluman mengenai hukum syarak yang berkaitan dengan satu-satu perkara berbangkit dalam masyarakat tanpa ada unsur mewajibkan, manakala mufti adalah individu yang mempunyai ilmu, keperibadian serta kebolehan untuk mengeluarkan fatwa. Dalam hal ini, mufti di sini bukan dikhaskan kepada mufti rasmi yang diangkat pihak berkuasa, tetapi lebih luas daripada itu iaitu semua individu yang layak mengeluarkan fatwa demi menjawab kemusykilan masyarakat Islam. Sebagai peneliti, seorang mufti mempunyai panduan umum seperti sudah dipersetujui pada Majlis Akademi Fekah Islam Antarabangsa yang bernaung di bawah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam persidangan ke-17 di Amman, Jordan pada 28 Jamadilawal hingga 2 Jamadilakhir 1427H bersamaan 24 hingga 28 Jun 2006 dengan tema ‘Islam dan Satu Umat, Mazhab-Mazhab Akidah, Fekah dan Pendidikan dalam resolusi nombor empat: “Membuat kaedah umum bagi isu-isu yang dipersetujui dan mempromosikannya; mengumpulkan isu-isu perbezaan dan mengembalikannya kepada prinsip syarak; dan mengetengahkan pendapat di antara mazhab secara jujur dan tidak berpihak dalam kerangka menjunjung kesepakatan dan menghormati perbezaan. Dan apabila dilakukan tarjih (pemilihan pendapat) maka mestilah diperhatikan dalil yang lebih kuat dan lebih banyak maslahatnya dalam maqasid al-Shari’ah dengan tanpa mengutamakan mazhab peneliti atau pendapat yang dominan di sesetengah negara atau masyarakat. Kaedah umum di atas adalah sebagai penegasan kepada resolusi pertama yang menyatakan ”bahawasanya semua kajian yang disiapkan dalam tajuk ini bersesuaian dengan kaedah asas yang umum dalam Islam, dan semua mazhab akidah, fiqah dan pendidikan adalah hasil daripada ijtihad ulama Islam dengan tujuan untuk memudahkan pelaksanaan agama Islam; dan semuanya menuju ke arah pembangunan perpaduan ummah dan memperkaya khazanah pemikirannya serta bertujuan untuk mengekalkan risalah Islam. Perenggan di atas adalah pegangan asas bagi seorang mufti kerana dalam mengeluarkan fatwa, lazimnya mufti bukan sekadar memberikan hukum menurut mazhabnya saja. Keadaan orang yang bertanya, permasalahan yang dihadapinya, realiti keadaan zaman dan juga maslahat adalah pertimbangan mufti ketika memberikan fatwa agar tidak tersalah mengeluarkan hukum yang akhirnya membawa kepada kemusnahan. Adalah satu realiti sejarah dan ketamadunan bahawa persamaan di antara mazhab adalah lebih banyak daripada perbezaannya. Mazhab sepakat pada prinsip asas Islam. Semuanya beriman kepada Allah; al-Quran adalah Kalamullah yang diturunkan dan dipelihara oleh Allah SWT dan terpelihara daripada pemesongan; iman kepada Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul untuk semua manusia. Mereka semua sepakat bahawa rukun Islam ada lima iaitu dua kalimah shahadah, solat, zakat, puasa Ramadan dan haji; mereka juga sepakat bahawa Rukun Iman adalah beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Kiamat dan Qada dan Qadar sama ada baik mahupun buruk. Perbezaan pengikut mazhab adalah perbezaan dalam cabang agama dan sebahagian prinsip dan ia adalah rahmat. Pada masa lalu dikatakan bahawa perbezaan pendapat di kalangan ulama adalah rahmat yang luas. Al-Qarafi dalam kitabnya Sharh Tanqih al-Fusul mengambil pendapat al-Zannati dan al-Rawayyani yang menyatakan: “Semua mazhab adalah jalan menuju syurga dan ke arah kebaikan, maka barang siapa yang mengikuti mana-mana pendapat daripadanya dia akan sampai ke matlamatnya. (Jld. iii/352). Dalam resolusi yang sama juga ditetapkan bahawa pengiktirafan kepada mazhab dalam Islam bererti komited pada metodologi tertentu dalam mengeluarkan fatwa. Oleh itu, tidak harus bagi seseorang itu untuk mengeluarkan fatwa kecuali dia memiliki kelayakan akademik tertentu dan tidak harus mengeluarkan fatwa tanpa mengikut garis panduan metodologi mazhab; dan tidak harus bagi seseorang mendakwa ijtihad dan mengeluarkan pendapat baru atau mengutamakan fatwa yang ditolak dengan tujuan mengeluarkan umat Islam daripada kaedah syarak dan asasnya serta apa yang telah ditetapkan oleh masing-masing mazhab. maka dengan adanya pengiktirafan kepada mazhab; dan penekanan ke atas perbincangan dan perjumpaan di antara mereka adalah jaminan bagi kesederhanaan dan moderat, toleransi dan kasih sayang dan perundingan dengan pihak lain. Mufti juga hendaklah bersikap memudahkan dan tidak menyusahkan terutama terhadap orang awam zaman sekarang yang hidup mereka jauh daripada agama dan hidayah Allah. Ini sesuai dengan ajaran Rasulullah yang bersabda dan maksudnya: “Pemudahkanlah jangan menyusahkan dan berilah berita gembira dan jangan menakut-nakutkan.” (Hadis riwayat Muslim). Kebiasaannya, mufti akan mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan melihat pendapat pelbagai mazhab dan mengambil yang paling tepat sama ada berdasarkan kekuatan dalil, kesesuaian dengan keadaan penanya, suasana setempat serta faktor lain yang memberikan kesan secara langsung kepada masalah itu. Keterikatan dengan satu mazhab saja kadang-kala membuatkan mufti tidak menemui penyelesaian kepada perkara itu. Orang yang berkecimpung dalam mengeluarkan fatwa hendaklah berhati-hati agar tidak mengeluarkan fatwa berdasarkan hawa nafsu dan melanggar perkara-perkara yang telah disepakati oleh umat Islam. (Lihat Maszlee Malik, Talfiq..., 32-33) Orang yang bergiat dalam memberikan fatwa juga mesti sedar dan memahami secara mendalam hadis baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan perkara yang wajib, maka janganlah kamu meninggalkannya. Dia telah meletakkan larangan-Nya, maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan mengenai sesetengah perkara sebagai belas rahmat-Nya terhadap kamu bukan kerana lupa, maka janganlah kamu mencari-cari hukumnya.” (Hadis marfu’ riwayat al-Daruqutni) Ditetapkan juga dalam resolusi Akademi Fekah Islam Antarabangsa itu: “Bahawa menghormati mana-mana mazhab tidak bererti tidak boleh mengkritik secara konstruktif dengan tujuan memperluas titik pertemuan dan mempersempit titik perbezaan. Oleh itu sudah semestinya memberi peluang perbincangan konstruktif di antara mazhab Islam dengan berpandukan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya demi memperkukuh perpaduan umat Islam.” Sesuatu yang berlaku pada hari ini adalah mufti bermazhab Syafi’i tidak akan menfatwakan harusnya zakat fitrah dengan wang walaupun menurut mazhab tidak harus. Dia juga akan menfatwakan wanita harus menjadi hakim di mahkamah syariah seperti difatwakan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini walaupun ia tidak harus dalam mazhab. Dengan penjelasan yang serba ringkas ini maka ungkapan ‘ada kalanya fatwa tidak mencerminkan mazhab muftinya’ ada kebenarannya bagi sesetengah pihak khasnya ulama perwakilan negara OIC yang berhimpun di Amman, Jordan pertengahan tahun ini. Wallahu a’lam.

Ijtihad Buka Polemik Isu Hukum,Akidah

Oleh Dr Asmadi Mohamed Naim

ADA fenomena enggan berijtihad (mengeluarkan hukum baru) di kalangan ulama silam. Ia adalah rentetan ramai golongan jahil yang mendakwa diri ulama dan berijtihad sesuka hati. Keadaan masyarakat itu menjadikan mereka mengeluarkan kaedah: "Tertutupnya pintu ijtihad". Walhal pintu ijtihad terbuka luas sehingga hari kiamat kepada orang yang mempunyai syarat ijtihad.

Zikir selepas solat fardu secara berjemaah dan lantang.Ada dua isu utama untuk diperkatakan di bawah tajuk kecil ini iaitu bentuk zikir, menyebut secara kuat (lantang) dan menyebut secara berjemaah.Secara umumnya berzikir di dalam masjid ada dua bentuk iaitu zikir yang disebut di dalam sunnah bahawa ia dilakukan selepas solat fardu. Kedua, ialah zikir yang dinyatakan dalam sunnah bahawa ia dilakukan selain waktu solat.Hadis yang menerangkan zikir yang sunat dilakukan pada setiap kali selepas solat fardu ialah:Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah dari Abu Hurairah daripada Rasulullah bermaksud:“Sesiapa yang mengucapkan tasbih (subhanallah) setiap tiga kali selepas solat sebanyak 33 kali, dan tahmid (alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan takbir (allahu akbar) sebanyak 33 kali (semuanya 99 kali), kemudian menyebut: La ilaha illallah wahdahula syarikalah Lahulmulku walahulhamdu wahuwa 'ala kulli syai`in qadir, untuk menggenapkannya sebanyak 100 kali, nescaya diampunkan dosa walaupun umpama buih di lautan.Isu kedua ialah menyebut zikir secara lantang dan berjemaah. Amalan ini dilakukan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas yang berkata: Raf'u al-Saut bilzikr Hina yansarifunnas minalmaktubah kana 'ala 'ahd al-Nabi SAW, yang bermaksud: Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi. (Lihat Fath al-Bari, Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 2, Halaman: 259 dan Syarh Sahih Muslim, Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 4-6, Halaman:234-235)Pandangan menolak hujah itu, berpegang kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud RA yang mengingkari perlakuan sekumpulan sahabat berkumpul di dalam sebuah masjid untuk berzikir kepada Allah, dan menganggapnya suatu bidaah. Ulama mentafsirkan tindakan Ibn Mas'ud dalam dua keadaan.Pertama, kerana tidak sampai kepada Ibn Mas'ud hadis yang menyatakan keharusan berzikir beramai-ramai. Perkara ini diperakui oleh ulama hadis bahawa tidak semestinya setiap sahabat mengetahui segala hadis. Kedua, bantahan dikira sebagai qaul sahabi (pendapat sahabat) dan tidak boleh bercanggah dengan apa yang pasti daripada Rasulullah.Al-sunnah dengan nyata membenarkan berzikir dengan lantang secara berjemaah selepas setiap solat fardu jika tidak mengganggu orang bersolat. Perbuatan berzikir tersebut bukan suatu bidaah seperti yang tersalah faham. Bahkan, perbuatan itu berpandukan kepada sunnah yang jelas.Bagi yang menolak amalan berzikir secara berjemaah selepas setiap solat juga mengemukakan hujah mereka. Antaranya ialah penolakan Imam al-Syafie Rahimahullah terhadap amalan itu. Mereka memetik kata-kata Imam al-Syafie mengenai perkara tersebut. Bagi memperjelaskan persoalan tersebut saya menterjemahkan kata-kata Imam al-Syafie secara keseluruhan dan menghuraikannya. Pembaca boleh menghukum sama ada huraian saya melencong daripada kata-kata Imam kita ini.
Berkata Imam al-Syafie Rahimahullah: Bab perkataan Imam dan duduknya selepas salam. Al-Rabi' mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: al-Syafie mengkhabarkan kepada kami dan berkata: Ibrahim Saad mengkhabarkan kepadaku, dari Ibn Shihab berkata: Hindun al-Harith Abdullah Abi Rabi'ah menyampaikan hadis ini kepadaku, daripada Ummu Salamah isteri Nabi yang berkata: ((Adalah apabila Rasulullah memberi salam selepas solatnya, bangun wanita selepas salamnya, dan duduk Rasulullah di tempatnya sekejap).Imam Syafie berpendapat bahawa Imam yang berzikir dengan apa yang beliau nyatakan, sama ada secara kuat, mahupun senyap, atau selain daripada cara kedua-duanya, maka ia adalah baik (hasan). Imam al-Syafie menyebutnya sebagai baik (hasan). Namun perkara yang mempunyai sanad (sandaran) daripada sunnah secara nyata adalah lebih baik daripada hasan. Jika diamalkan perbuatan ini pada hari ini di depan mereka yang menolak zikir selepas solat, nescaya Imam itu akan dicap sebagai pembawa bidaah, sesat dan ahli neraka! Inilah bahaya kejahilan terhadap keseluruhan hadis Nabi atau taksub kepada pandangan seseorang.Pandangan Imam al-Syafie Rahimahullah lagi: Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap".Imam al-Syafie memilih perkataan 'memilih' untuk mentarjihkan atau menguatkan pandangannya. Itulah cara ulama hadis yang juga imam faqih. Memilih pandangan sendiri tetapi bukan dengan membidaahkan dan menyesatkan pihak yang tidak bersetuju dengannya khususnya dalam perkara yang masih terbuka untuk ijtihad.Pandangan Imam al-Nawawi terhadap hadis Ibn 'Abbas:Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ia dalil terhadap apa yang dipegang oleh sebahagian ulama Salaf iaitu disunatkan meninggikan suara dengan zikir al-takbir (Allahu akbar) dan zikir lain selepas solat fardu. Manakala ulama mutaakhirin yang turut menghukum sunnah ialah Ibn Hazam al-Zahiri.Imam al-Nawawi menambah lagi: "Katanya: (Mengkhabarkan kepadaku Abu Ma'bad kemudian dia menafikannya) pada menjadikannya hujah (dalil) oleh Muslim dengan hadis ini, adalah bukti bahawa dia (Imam Muslim) berpegang sahihnya hadis (Ibn 'Abbas) ini walaupun dinafikan oleh perawi asalnya, kerana yang merawikannya itu thiqah (diyakini). Ia adalah mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadis, fuqaha atau ulama usul fiqh". (Tamat nukilan daripada kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237). Maksud sama dihuraikan oleh Imam Ibn Hajar al-'Asqalani dalam kitab Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 2, hal. 260).Berhati-hati dalam menghukum sesuatu amalan sebagai bidaah.
Penulis ialah Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia

Thursday, August 03, 2006

Rakaman Azan

Rakaman azan menggunakan artis dibenarkan... dengan bersyarat

Laman al-Qaradhawi, 20 July 2006

Al-Fadilah al-'Alamah Dr Yusuf al-Qaradhawi mengesahkan bahawa Islam membolehkan pelbagai cara yang membawa seseorang itu dekat dengan agama, mengalakkan mereka membesarkan syiarnya. Melaksanakan azan dengan suara yang lunak kepada telinga dan hati merupakan perkara yang syara' dan terpuji, akan tetapi perlulah di pilih dikalangan mereka yang memilki suara itu dikalangan mereka yang tidak dikenali keburukan akhlaknya.
Ini merupakan respond dari soalan yang dikeudarakan kepada Dr Yusuf al-Qaradhawi dari siaran radio Teluk, Qatar.FM mengenai hukum merakamkan azan di radio dengan menggunakan suara-suara artis (lelaki) popular pada peringkat Negara Teluk dan dunia Arab agar dapat disiarkan didalam program-program Ramadhan dan bukan Ramadhan, khususnya suara yang disukai oleh ramai pemuda-pemuda.

Fatwanya seperti berikut :

Segala pujian kepada kamu Allah swt dan Aku berselawat dan salam keatas Rasul yang mulia, Muhammad dan keatas kaum keluarganya (wa ba'du).

Islam menerima setiap cara yang mendekatkan manusia kepada agama, dan galakkan didalam membesarkan syiarnya. Sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada kamu lelaki yang satu, kebaikkan untuk kamu dimana dia menerbitkan matahari dan terbenamkannya.

Melakukan azan dengan suara yang baik merupakan sedap didengar oleh mata dan hati. Ia merupakan perkara yanag syara' dan terpuji. Nabi :saw
telah berkata kepada Sahabat yang melihat Azan dalam pandangan yang benar, dipersejui mengenainya oleh Rasul : Ketahuinya adalah Bilal, kerana sesungguhnya suaranya baik dari kamu. Kita menjadikan Rasulullah sebagai contoh yang baik : dimana baginda memilih untuk melakukan azan dari kalangan mereka yang baik suaranya, dan lebih baik penerimaannya dikalangan manusia, dan bukanlah sebagaimana yang kita lihat separuh masjid bahawa muazinnya berpindah dan mereka tidak ada alternatif.

Kita hendaklah memilih dari kalangan mereka yang memiliki suara yang lunak : tidak diketahui mengenainya perangai yang buruk, sebagaimana dukacita kita melihat keadaan artis-artis di negara Teluk dan yang lain dari kalangan negara-negara Arab, melainkan tuhan merahmatinya, dimana ada orang yang boleh menerimanya, dan ada yang menjauhinya, maka azan mereka berkemungkinan akan mengundang pelbagai masalah dan bangkangan dari kalangan mereka yang kuat agama.

Pada masa ini, datang kepada ku seorang artis muslim dalam tempoh yang terdekat, popularitinya luas, nasyidnya tersebar, bertahta di hati dengan suaranya yang lunak, kemerduan komposisinya dan persembahannya yang berkesan. Ia (Sami Yusuf) merupakan salah satu contoh pendakwah (Artis Pendakwah) apabila dilihat dari arah tujunya, perangai dan caranya. Ini membolehkan pemahaman mengenainya dan merekodkan azan yang berbeza dengan suaranya, maka saya yakin ianya diterima baik. Inilah pandanganku dan nasihatku, moga Allah memberi petunjuk kepada kamu dan membantu langkah kamu.

Friday, June 23, 2006

Ternampak Najis Selepas Solat

Menyedari seluar yang digunakan semasa solat didapati kesan najis tidak membatalkan solat apabila kesan itu dapat dilihat hanya selepas solat.

Didalam sebuah riwayat menceritakan bahawa seorang telah datang berjumpa Nabi saw menceritakan sesuatu yang berlaku semasa beliau bersolat yang boleh menyebabkan wudhu'nya batal. Nabi saw bersabda :-

.. .
"Jika seseorang itu tidak mengetahui akan najis tersebut sehingga dia selesai solat, maka solatnya sah. Kerana sesungguh Nabi saw tatkala sedang bersolat dan diberitahu Jibril bahawa terdapat kekotoran di kasutnya, dia tidak mengulangi solatnya. Sama juga dengan seseorang yang mengetahui perkara tersebut (iaitu najis) sebelum solat, kemudian lupa dan bersolat, sehingga selesai solat dia mengingatinya (maka solat sah), kerana firman Allah swt :


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. " [Surah al-Baqarah : 286]

Akan tetapi jika dia mempunyai keraguan/syak wujud najis di pakaiannya, adalah tidak dibenarkan dia memberhentikan solat, samada dia menjadi Imam atau bersolat bersendirian, hendaklah dia menyempurnakan solatnya" [Fataawa al-Syiekh Ibn Baaz, 12/396-397]

Kesimpulannya bagi kes diatas, solat tersebut tidak perlu diulang

Bid ah Dari Perspektif Kaum Tua

Berkata Imam Nawawi dalam kitabnya Tahdzib al-Asma wa al-Lughat, Sabda Nabi s.a.w :Wa kullu bidatin dhalalah (setiap bidah itu sesat) ini adalah hadith yang bersifat umum yang sudah ditakhsish (dikecualikan). Dan dimaksud dengan hadith itu ialah lumrahnya bidah (tidak semuanya).

Berkata Imam Ibn Allan as-Siddiqi dalam buku Dalil al-Falihin, seorang pakar hadith yang wafat pada 1507H:

Maka dengan demikian, dapat diketahui bahawasanya sabda Nabi s.a.w. Wa kullu bidatin dhalalah (setiap bidah itu sesat) adalah hadith yang bersifat umum yang sudah ditakhshish, kerana pada sunnah Khulafa al-rasyidin pun termasuk bidah padahal kita diperintahkan untuk mengikutinya kerana rujukannya kepada pokok syariat.

Berkata al-Amir al-Shanani seorang pakar hadith dari Yaman dalam kitab Subul al-salam:

Maka sabda Nabi s.a.w. kullu bidatin dhalalah (setiap bidah itu sesat) adalah sebuah hadith yang bersifat umum yang sudah ditakhshish (dikecualikan).

Berkata Imam Syafii seperti yang terdapat dalam kitab Fath al-Bari bi Syarah Sahih al-Bukhari:

Perbuatan baru (bidah) itu ada dua macam: a) Perbuatan keagamaan yang yang menyalahi al-Quran, sunnah Nabi s.a.w., atsar dan ijma, maka yang demikian itu disebut bidah dhalalah. b) Perbuatan keagamaan yang baik, yang tidak menyalahi salah satu yang tersebut di atas, maka hal ini disebut bidah juga, akan tetapi bidah yang tidak tercela.

Berkata Imam Abd al-Haqq al-Dahlawi seperti yang tercatat dalam buku al-Asas fi al-Sunnah wa Fuqaha karangan Said Hawa:

Ketahuilah olehmu bahawasanya setiap apa yang muncul setelah (zaman) Rasulullah s.a.w adalah bidah. Setiap bidah yang sesuai dengan pokok-pokok sunnah dan kaedah-kaedahnya atau dapat dianologikan kepadanya, maka namanya bidah hasanah, dan setiap bidah yang menyalahinya, maka dia itu namanya bidah sayyiah dan dhalalah.

Dari Kathir bin Abdillah dari bapanya dari datuknya, bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda kepada Bilal bin al-Harith, ujarnya, Ketahuilah olehmu. Bilal bin al-Harith bertanya, Apa yang harus saya ketahui, wahai Rasulullah? Kemudian beliau bersabda: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku yang sudah dimatikan orang setelah aku tiada, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengamalkannya. Tidak akan dikurangi sedikitpun dari pahala mereka itu. Dan barangsiapa yang membuat suatu bidah dengan bidah yang sesat (dhalalah) yang tidak diredhai Allah dan Rasul-Nya, maka baginya dosa seperti dosa orang yang mengamalkannya. Tidak akan dikurangi sedikitpun dari dosa itu, (Hadith Riwayat Imam Tirmidzi, dan ia berkata: Ini hadith hasan.)

Dalam hadith di atas, nyatalah ada indikasi bahawa bidah itu tidaklah semuanya dhalalah. Yang dapat kita fahami dalam teks hadith di atas: dan barangsiapa yang membuat bidah dengan bidah dhalalah. Seandainya setiap bidah itu dhalalah/sayyiah sebagaimana pendapat sebahagian orang, tentu Nabi s.a.w. tidak akan menambah kata-katanya dengan bidatun dhalalah, namun cukup dengan wa man ibtidaa bidatan saja.

Dengan disebut bidatan dhalalah, logikanya bererti ada bidah yang tidak dhalalah. (Ahmad Dimyathi Badruzzaman, Zikir Berjemaah Sunnah Atau Bidah: Penerbit Republika.

Pernahkah Nabi Muhammad Bergurau?

Soalan:

Pernahkah Nabi (SAW) bergurau? Adakah sebarang bukti tentang hal itu?

Jawapan:

Sheikh Zoubir Bouchikhi, Imam masjid Persatuan Islam Greater Houston:

Nabi (SAW) pernah bergurau tetapi baginda ikhlas dalam hal itu. Satu hari baginda memberitahu seorang perempuan tua yg tiada lelaki tua atau perempuan tua akan masuk Syurga, dan dia terkejut, kemudian baginda menerangkan kpd nya yg baginda bermaksud apabila kita masuk syurga kita masuk sebagai orang muda.

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, :

Walaupun dengan tanggungjawab baginda yg besar, Nabi (SAW) mempunyai masa utk bergurau; bagaimana pun, baginda tidak pernah berbohong semasa bergurau. Pada beberapa peristiwa Nabi (SAW) berkongsi kegembiraan dengan Sahabat baginda; baginda bergurau dengan mereka dan bergembira. Tetapi sebagaimana baginda berkongsi kegembiraan, baginda berkongsi kesedihan.

Nabi (SAW) meluangkan masa untuk berkongsi kegembiraan dgn isteri-isteri baginda, dan tidak dipengaruhi oleh beban kerasulan sampai tahap baginda meninggalkan perasaan terhadap keluarga baginda. Hadith Umm Zar` yg terkenal dalam Sahih al- Bukhari adalah bukti hal ini.

Dlm hadith lain yg diriwayatkan oleh At-Tirmidhi, seorang perempuan tua merayu kepada Nabi (SAW) memohon kepada Allah untuk membenarkan dia masuk syurga. Nabi (SAW) memberitahu dia yg tiada tempat dlm Syurga untuk perempuan tua. Dia menangis tanpa memahami maksud mendalam kata-kata Nabi itu. Baginda memujuk dia dgn mengatakan dia tidak akan masuk Syurga sebagai perempuan tua; bahkan, dia akan masuk syurga sebagai perempuan muda yang penuh tenaga. Kemudia baginda membaca firman Allah: ( Kami menjadikan mereka itu satu kejadian yang baru. Dan kami jadikan mereka perawan-perawan yg penuh percintaan, sebaya.) (Al-Waqi`ah: 35-37)Nabi (SAW) suka untuk menanamkan kesukaan dan kegembiraan dalam hati-hati manusia terutamanya dlm peristiwa gembira spt kenduri atau majlis perkahwinan. Contohnya, apabila Abu Bakr As-Siddiq (RA) cuba untuk memberhentikan dua perempuan muda dari menyanyi dalam rumah Nabi, Nabi (SAW) berkata kpd nya: "biarkanlah, kerana kita sekarang dalam kenduri.' Dlm versi lain menyebutkan: '...untuk memberitahu org Yahudi yg dlm agama kita ada masa untuk bergembira.'"

Fadhilat Mati Syahid

Daripada Ubadah bin Samit r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda Bagi muslim yang mati Syahid di sisi allah ada tujuh perkara. Pertama dosanya diampuni sejak darahnya memancar.Dua, melihat tempatnya di Jannah.Tiga, dihiasi dengan perhiasan iman.Empat, diselamatkan dari azab kubur dan aman dari kedahsyatan hari kiamat.Lima, diberi mahkota kewibawaan, sebuah yaqut(mutiara) darinya lebih dari dunia dan seluruh isinya.Enam, dikahwinkan dengan 72 bidadari.Tujuh, memberi syafaat kepada 70 ahli keluarganya(Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Berbakti Kepada Ibu
Daripada Thalhah bin Muawiyah asSalami r.a. berkata Aku pernah bertemu Rasulullah ,Wahai rasulullah, aku ingin jihad fi sabilillah maka baginda bertanya Apakah kau masih mempunyai ibu? Aku menjawab, Ya. Rasulullah bersabda,Berbaktilah kepadanya, kerana di sana terletak Jannah (Riwayat Ibnu Majah dan Nasai)

Daripada Muawiyah bin Jahimah, bahawa dia pernah bertemu Nabi s.a.w. untuk meminta pendapat: Ya Rasulullah, aku ingin berperang. Aku dating kepadamu untuk meminta pendapat, bagaimana? Maka rasulullah s.a.w. bertanya, Apakah engkau mempunyai ibu? Aku menjawab, Ya,Maka baginda berkata ,Kalau begitu, dampingi dia kerana Jannah itu di bawah telapak kaki ibu. (Riwayat Ibnu Majah dan Nasai)

Fiqh alHadith:

Itulah maksud Fiqh Awlawiyat (fiqh keutamaan) yang diajar oleh Nabi saw kpd kita. Pada satu ketika Nabi menceritakan besarnya pahala mati syahid, namun bagi setengah pemuda yang masih ada ibu yang amat memerlukan khidmat si anak, maka keutamaan baginya ialah khidmat ibu, manakala yang lain, di mana ibunya sudah ada penjaga, maka diutamakan khidmat negara. yang bagusnya: kedua khidmat ibu dan khidmat negara, semuanya mendapat Jannah

Tuesday, March 07, 2006

Ummi

Image hosting by Photobucket

Ummi...
Satu nama yang bertakhta di hatiku...
Entah kenapa aku mula merinduinya...

Ummi
Dikala kau melahirkanku...
Deritanya engkau dan tuhan sahaja yang tahu...
Engkau menanggungnya penuh sabar...
Dengan 1000 kepayahan yang kau tidak luahkan kepada sesiapa...

Ummi...
Kini aku telah dewasa...
Berkat air susumu dan keringatmu...
Jerih payahmu membesarkanku...
Mendidikku dengan harapan menjadi insan yang soleh...

Ummi...
Harapanku semoga engkau tenang dan berbahagia selalu...
Janjiku untuk membanggakanmu dengan kejayaanku...
Doaku selalu bersama dirimu...

Ummiku...
idolaku selamanya...hidupmu diatas kakimu sendiri...
Semoga aku dapat menurut jejak langkahmu...
Semoga bersama selamanya di syurga yang abadinya...
Ampunkan segala dosa2ku ummiku...
Aku rindu padamu ummi...